Blackpink datang KL Mac tahun depan

Blackpink datang KL Mac tahun depan

Empat gadis yang mencetuskan fenomena dalam dunia K-pop, Blackpink mengesahkan Kuala Lumpur menjadi antara lokasi siri jelajah konsert mega mereka, Mac tahun depan.

Blackpink yang dianggotai Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa akan menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, pada 4 Mac tahun depan dalam konsert sempena kemunculan album terbaharu mereka, bulan depan.



Memetik laporan portal hiburan TwentyTwo13, Blackpink akan singgah di Kuala Lumpur dalam siri jelajah yang dikatakan terbesar pernah dianjurkan sebuah kumpulan K-pop wanita.

Album baharu Blackpink cukup dinantikan peminat selepas empat sekawan itu melancarkan bingkisan diberi judul The Album pada Oktober 2020.

Selain Blackpink, Kuala Lumpur juga menjadi destinasi pilihan Billie Eilish yang akan mementaskan konsert di premis sama pada 18 Ogos depan, disusuli Calum Scott, Oktober depan dan Jay Chou pada 15 Januari tahun depan.

Bagaimanapun, konsert Justin Bieber yang dijadualkan dianjurkan di sini, pada 25 Oktober depan, belum dapat dipastikan.



Ini berikutan penyanyi itu mengalami sindrom Ramsay Hunt atau kelumpuhan wajah yang memaksa beliau menangguhkan siri jelajah dunia. BH

Blackpink datang KL Mac tahun depan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat



PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker