Mawar Karim berjaya ketepi penghakiman ingkar
BANGI – Ahli perniagaan, Mawar Karim berjaya mengetepikan penghakiman ingkar kehadiran yang diperoleh usahawan Nabil Mat Jahya terhadapnya berhubung perjanjian pinjaman berjumlah RM720,000 di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini pada Jumaat.
Hakim Effandi Nazila Abdullah memutuskan demikian semasa prosiding secara dalam talian.
Ketika dihubungi media, peguam Datuk Mohd Imran Tamrin yang mewakili Mawar berkata, berikutan keputusan itu, Mawar akan meneruskan tindakan dengan memfailkan pembelaan.
“Tuntutan balas terhadap pihak yang dinamakan dalam kes ini pula dibuat dalam masa 14 hari bermula Jumaat,” katanya.
Prosiding ini turut disertai peguam Nik Zarith Nik Moustpha mewakili Nabil.
Pada 11 Januari lalu, Nabil selaku plaintif diberi kebenaran oleh mahkamah untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap Mawar, selepas usahawan itu gagal memasukkan kehadiran dalam saman yang difailkan plaintif.
Berdasarkan penghakiman ingkar itu, defendan (Mawar) perlu membayar balik pinjaman yang telah diberikan plaintif kepada defendan berjumlah RM720,000.
Mawar dalam afidavit sokongan untuk mengetepikan penghakiman ingkar kehadiran berkata, beliau tidak pernah sama sekali menerima salinan termeterai penghakiman ingkar itu daripada plaintif atau peguamnya, pada setiap masa yang material sehingga notis pelantikan peguam bertarikh 14 April lalu difailkan oleh peguamnya.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Nabil menuntut wang berjumlah RM720,000 yang telah diberikan kepada defendan, selaras dengan Perjanjian Pinjaman Persahabatan yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh mereka.
Nabil mendakwa dalam perjanjian itu defendan antaranya perlu membayar semula RM100,000 sebelum atau pada setiap 1 haribulan selama enam bulan berturut-turut bermula 1 Jun 2021, manakala bagi bulan terakhir iaitu bulan ketujuh, Mawar hendaklah membayar RM120,000 sebagai bayaran terakhir terhadap pinjaman wang tersebut.
Mawar Karim berjaya ketepi penghakiman ingkar
Baca Artikel Menarik:
- Dua maut tanah runtuh di Kota Kinabalu
- Yazmin Aziz cemas gempa bumi kuat di Baguio
- Polis siasat dakwaan kes tular guru dera murid autisme
- Langkawi cuba haramkan UMNO, paksa lompat ke PPBM – Nik Nazmi
- Pelancong Britain maut terkena kipas helikopter ketika rakam swafoto
- Wanita batal perkahwinan selepas lihat bakal suami dimandikan ibunya
- Wanita hampiri menopaus jadi ibu pada usia 51 tahun
- Lelaki minum susu isteri jadi tumpuan netizen (Video)
- Kisah Sedih Peniaga Cendol Raih Simpati Netizen (Video)
- Aliff Syukri buat hal lagi
- Bubar Parlimen, ini kata PM
- Ashanty, Hermansyah dikecam dedah kekerapan lakukan hubungan kelamin
- Takkan RM1,500 je – Jeffrydin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!
Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah
Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit
You must be logged in to post a comment.