Suami cemburu penggal, bawa kepala isteri ke balai polis

Suami cemburu penggal, bawa kepala isteri ke balai polis

NEW DELHI – Gara-gara mengesyaki isteri bermain kayu tiga, seorang warga emas di India memenggal kepala wanita berkenaan sebelum membawanya ke balai polis untuk menyerah diri, lapor laman berita Banten Raya semalam.

Dalam kejadian pada 14 Julai lalu, lelaki dikenali sebagai Nakaphodi Majhi, 55, dari Dhenkanal, dalam negeri Odisha itu dilaporkan bertengkar dengan isterinya, kira-kira pukul 3.30 pagi (waktu tempatan).

Disebabkan berang dan menuduh mangsa berlaku curang terhadapnya, Nakaphodi mengambil sebilah parang lalu memenggal kepala isterinya.

Pada keesokan paginya, dia dikatakan berjalan menuju ke balai polis Gondia untuk menyerah diri sambil memegang kepala mangsa.

Penduduk kampung yang gempar melihat perbuatan Nakaphodi bertindak menangkap lelaki itu sebelum menyerahkannya kepada polis.

Polis membuka kertas siasatan kes tersebut. Hasil pemeriksaan awal, polis menemui sebilah senjata tajam berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut. K Online

Suami cemburu penggal, bawa kepala isteri ke balai polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker