Ahmad Maslan sahkan UMNO belum terima jawapan ROS

Umno setakat ini masih belum menerima sebarang notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung permohonan untuk meminda perlembagaan parti itu.

Ia selepas lebih 10 hari setelah Umno menyerahkan dokumen tambahan yang diminta ROS untuk tujuan itu.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan hari ini.

“Belum (menerima notis ROS),” katanya ringkas kepada Malaysiakini melalui Whatsapp.

“Bila-bila masa mereka (ROS) akan jawab,” katanya lagi.

Pada 17 Julai lalu, Ahmad dilaporkan berkata pihaknya memberi masa “seminggu atau dua minggu” kepada ROS untuk meneliti dokumen tambahan yang diberikan bagi melancarkan permohonan berkenaan.

Dia juga berkata perkara itu tidak seharusnya mengambil masa lama memandangkan Umno sudah mengikut segala prosedur yang diperlukan.

Pindaan perlembagaan itu bagi membolehkan Umno menangguhkan pemilihan parti sehingga enam bulan selepas pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU).

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker