“Saya Buat Kerja Halal,Kenapa Perlu Malu?”-Akibat Pandemik ,Penyanyi Tuah Adzmi Kembali Kerja Kilang

“Saya Buat Kerja Halal,Kenapa Perlu Malu?”-Akibat Pandemik ,Penyanyi Tuah Adzmi Kembali Kerja Kilang

PENYANYI Tuah Adzmi kembali bekerja sebagai pembantu stor di sebuah kilang mencetak al Quran meskipun sebelum ini pernah memberitahu sudah meletakkan jawatan kerana mahu memberi fokus kepada kerjaya seni.

Tuah atau nama sebenarnya Arumi Nafis Mohd Adzmi, 24, berkata, pengalaman melalui waktu sukar sebelum ini membuatkan dia lebih memikirkan masa depan dan memiliki pendapatan tetap.

“Saya kembali bekerja di kilang tersebut tetapi hanya separuh masa sahaja. Jadi saya boleh ambil cuti pada bila-bila masa jika menerima undangan menyanyi.

“Pengalaman waktu sukar sebelum ini ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan saya lebih berhatihati. Kita tidak tahu sekiranya masalah kewangan akan terjadi lagi di masa akan datang.

“Apabila memiliki kerja begini, saya jadi lebih yakin dari sudut kewangan,” katanya kepada mStar.

Tuah yang merupakan bekas peserta Big Stage 2022, ditemui ketika majlis santai bersama artis-artis FMC yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidak meletakkan status sebagai selebriti sebagai penghalang untuk dia bekerja di sebuah kilang, keutamaan Tuah ketika ini adalah untuk mencari pendapatan stabil agar dapat menampung perbelanjaan seharian.

Sebagai anak tunggal, Tuah juga sudah terbiasa bekerja keras mencari rezeki sendiri selepas kematian arwah bapanya ketika dia berusia enam tahun.

“Kenapa perlu malu? Saya buat kerja halal. Malah saya bangga kerana ada pendapatan yang boleh menampung kehidupan

“Bagi saya status seorang artis itu tidak penting. Apa yang menjadi keutamaan ialah saya dapat membantu ibu. Kerja ini juga merupakan satu peluang untuk saya meneruskan hidup.

“Syukur kehidupan sekarang ini semakin stabil. Saya juga ada buat perniagaan sendiri, kita perlu bijak dalam mencari peluang dan pendapatan,” ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Tuah baru sahaja melancarkan lagu baharu berjudul Dusta Cinta yang sudah mula dipasarkan di semua aplikasi penstriman sejak sebulan lalu.

Melihat trend muzik semasa, Tuah mengambil langkah berani untuk tampil dengan sebuah lagu yang menonjolkan elemen muzik seperti era 1990-an.

“Biasanya penyanyi lain akan cover lagu-lagu lama, tetapi saya tampil lagu baharu dengan elemen slow rock era 1990-an.

Saya rakamkan lagu baharu dengan nafas muzik lama.

“Saya membesar dengan lagu-lagu yang popular zaman itu dan semoga karya kali ini dapat diterima baik pendengar,” jelasnya.mSTAR

“Saya Buat Kerja Halal,Kenapa Perlu Malu?”-Akibat Pandemik ,Penyanyi Tuah Adzmi Kembali Kerja Kilang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]

Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker