Saya sedia lepas jawatan kepada Tengku Zafrul – Jamal

Saya sedia lepas jawatan kepada Tengku Zafrul – Jamal

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos sedia berundur sebagai bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor, bagi memberi laluan kepada Tengku Zafrul Aziz memegang jawatan itu.

Jamal dalam kenyataan berkata BN Selangor amat memerlukan seorang individu “heavyweight” seperti menteri kewangan itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Justeru, beliau menggesa kepimpinan BN Selangor diterajui Noh Omar dapat mempertimbangkan hasratnya itu dalam usaha mengukuhkan gabungan berkenaan menjelang PRU15.

“BN Selangor sangat memerlukan seorang individu berkarisma ‘heavyweight’ seperti beliau untuk menghadapi PRU yang sangat mencabar.”

“Saya ingin menggesa kepimpinan BN Selangor mempertimbangkan cadangan ini untuk segera melantik Tengku Zafrul sebagai bendahari sejurus selepas saya meletak jawatan,” katanya.

Tegas beliau, keputusannya menarik diri adalah bagi memastikan Tengku Zafrul diberi peluang berada dalam barisan kepimpinan BN Selangor bersama kepimpinan sedia ada.

Jawatan berkenaan disandang oleh Jamal sejak 2019, bertanggungjawab penuh dalam aspek pengurusan kewangan dan pendanaan parti komponen BN di 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan DUN Selangor.

Jamal sebelum ini berkata beliau sanggup ‘mengorbankan’ dirinya untuk memberi laluan kepada Tengku Zafrul bertanding di Parlimen Sungai Besar pada PRU15 seterusnya diangkat sebagai “poster boy” BN Selangor. FMT

Saya sedia lepas jawatan kepada Tengku Zafrul – Jamal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]

Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker