Presiden KAWAT Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

Presiden KAWAT Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

KUALA TERENGGANU: Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) Khairul Azlam Mohamad meninggal dunia selepas sesak nafas di kediamannya di Taman Perumahan Permint Perdana di Seberang Takir dekat sini, kira-kira 4.30 pagi tadi.

Menurut isteri Allahyarham, Wan Sabariah Wan Musa, 49, arwah yang berusia 51 tahun meninggal dunia secara mengejut selepas mengadu sakit dada ketika sedang menyiapkan kerja di rumahnya.

“Arwah pulang ke rumah kira-kira pukul 1 pagi tadi dan selepas itu dia sambung buat kerja di rumah.

“Bagaimanapun kira-kira pukul 4 pagi, arwah tiba-tiba mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri. Ambulans tiba kemudian dan mengesahkan bahawa arwah dah tiada,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut Wan Sabariah, sebelum kejadian, Allahyarham Khairul Azlam yang juga Ketua Biro Harakah Terengganu sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

Katanya, solat jenazah akan diadakan di Masjid Jamek Tok Jiring pada 11 pagi ini dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Maahad Tahfiz Wan Al Tarbiyyah, Tok Jiring.

Selain isteri, arwah turut meninggalkan sembilan anak yang berusia 10 hingga 25 tahun.- BERNAMA

Presiden KAWAT Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]

Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker