Kerajaan tangguh, tak teruskan projek belum bermula
Kerajaan tangguh, tak teruskan projek belum bermula
Kerajaan mengambil langkah menangguhkan atau tidak meneruskan mana-mana projek yang belum bermula sebagai langkah penjimatan perbelanjaan awam bagi membolehkan dana disalurkan untuk kesejahteraan rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed berkata langkah itu sebagai menyahut arahan dikeluarkan menerusi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia bertajuk “Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam”.
“Saya sudah mengadakan mesyuarat dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) mengenai kedudukan kewangan untuk melihat projek-projek yang belum bermula.
“Jadi kalau ia belum bermula, tidak payah buat lagi, manakala kalau ada yang sudah bermula, kita akan bincang tentang perkembangan mana satu kita perlu, sama ada tangguh atau batalkan,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Seminar Pasaran Buruh dan Pembentangan Hasil Program Outreach Pemprofilan Pencari Kerja Peringkat Negeri Kelantan 2022 Sempena Karnival Kerjaya Aspirasi Negara Keluarga Malaysia di Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, semalam.
Jumaat lalu media melaporkan berhubung kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun persekutuan dan syarikat terhad dengan jaminan (CLBG) diarah menerusi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia untuk melaksanakan langkah penjimatan dalaman dengan mengoptimumkan perbelanjaan. FMT
Kerajaan tangguh, tak teruskan projek belum bermula
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulangi janji hancing, Rafizi macam budak kalah main guli
- Siti Nuramira dan teman berjaya dapat sumbangan RM40,000 untuk bayar wang ikat jamin
- Pilihanraya Umum ke-15: Ini 25 ujian sebenar
- Najib cabar Rafizi, “..buatlah laporan polis tak takut pun..”
- Najib bidas Rafizi, lemah tidak mampu sanggah fakta saya
- Kutip duit kertas dalam tandas, wanita alami lumpuh tubuh badan
- Percaya dirasuk syaitan, anak bunuh ibu guna tukul
- Influencer Umur 30 Tahun Ke Atas Dianggap Terlalu Tua, ‘Cantik Je Tak Cukup’..Diminta Jauhi TikTok
- Penduduk temui ikan gergasi terdampar selepas banjir
- Penjara Ini Dianggap ‘Neraka’ Dunia… Bau Busuk Lebih 1 Kilometer, Banduan Lapar Makan Manusia
- Kecoh dan panik di Klang, bas pekerja terbakar bergerak sendiri
- Polis Syak 30 Wanita Jadi Mangsa Pakar Bius Jijik Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit
- Lelaki hina Nabi Muhammad dan Islam sudah ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya
Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib
You must be logged in to post a comment.