Pakar Saran Kaum Adam Berdiri Atas Pedal Setiap 10 Minit Elak Kemaluan Senak, Kebas Ketika Berbasikal

Pakar Saran Kaum Adam Berdiri Atas Pedal Setiap 10 Minit Elak Kemaluan Senak, Kebas Ketika Berbasikal

AKTIVITI berbasikal sudah menjadi trend di negara ini, terutama dalam kalangan lelaki.

Trend berbasikal di jalan raya berdepan dengan banyak bahaya, tetapi kaum lelaki mungkin patut lebih risau terhadap risiko lain ketika melakukan aktiviti ini.

Penunggang basikal lelaki harus mempertimbangkan untuk berdiri di atas pedal setiap 10 minit kayuhan bagi mengelakkan ‘masalah’ di bilik tidur, kata saintis.

Penyelidik memberi amaran bahawa adalah penting bagi lelaki mengelak daripada alat sulit terasa senak berada di atas pelana (tempat duduk) kerana mungkin ada kaitan antara kebas di bahagian kemaluan dan disfungsi erektil (mati pucuk).

Selepas meneliti 22 kajian tentang bagaimana lelaki boleh mengelakkan ‘kesakitan’ di pelana, mereka mendapati penyelesaian terbaik, termasuk menggunakan tempat duduk basikal tanpa bahagian hujung lebih tirus untuk mengalihkan tekanan dari kawasan kemaluan.

Kajian oleh Universiti Perubatan Wroclaw di Poland, yang diterbitkan dalam jurnal Sports Medicine, mencatatkan punca biasa kebas pada alat kelamin penunggang basikal lelaki juga boleh disebabkan oleh teknik menunggang yang lemah dan pilihan jenis basikal yang salah.

Penunggang basikal lelaki disarankan untuk berdiri di atas pedal setiap 10 minit. fot bikeradar

Pengarah dan Perunding dalam perubatan reproduktif King’s Fertility, Dr Ippokratis Sarris pula berkata: “Terdapat pendapat bahawa kerosakan saraf akibat tekanan berbasikal boleh menyebabkan kehilangan sensasi dan masalah dengan ereksi, dan berbasikal dikaitkan dengan ketidaksuburan. Bagaimanapun, banyak lagi penyelidikan diperlukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua pengarang dari Universiti Perubatan Wroclaw, Kamil Litwinowicz, memberitahu ramai lelaki bergelut dengan ketidakselesaan apabila menunggang basikal dan terdapat kebimbangan ini boleh membawa kepada masalah seksual.

“Bagaimanapun terdapat juga bukti kukuh bahawa tidak aktif dikaitkan dengan disfungsi erektil, maka berbasikal sebagai satu bentuk aktiviti yang boleh mengurangkan risiko itu,” katanya.

“Kita tidak mahu lelaki berhenti berbasikal, tetapi sebaliknya melihat perkara seperti berdiri di atas pedal atau menggunakan pelana yang lain,” tambahnya.

Tahun lalu, tinjauan saintifik terhadap enam kajian mendapati penunggang basikal lelaki mempunyai kemungkinan dua kali ganda mengalami disfungsi erektil, apabila mengambil kira umur dan penyakit yang berpotensi berkaitan.

Tempat duduk basikal boleh memberi tekanan pada saraf dan melambatkan aliran darah buat sementara, menyebabkan kesemutan atau kebas pada alat sulit, dan akhirnya disfungsi erektil.

Rekaan pelana juga dikatakan boleh memberi kesan kepada alat sulit lelaki.

Walaupun satu kajian mendapati 91 peratus penunggang basikal lelaki mengalami kebas pada alat sulit mereka, bukti mengenai disfungsi erektil adalah bercampur-campur, dengan beberapa kajian mendapati ia tidak dikaitkan dengan aktiviti berbasikal.

Tinjauan baharu meneliti pelbagai perkara seperti reka bentuk pelana, jenis basikal, seluar pendek dan pemegang untuk mendapatkan bukti tentang cara ia mempengaruhi bahagian alat sulit lelaki.

Penyelidik mendapati pelana dengan rekaan tanpa tirus di bahagian hujung mengurangkan tekanan pada bahagian alat sulit.

Selain itu, terdapat satu kajian melihat bukti daripada enam kajian mengenai lelaki duduk di atas basikal, mendapati ia mengurangkan aliran darah ke zakar, dan mengakibatkan tekanan darah secara dalaman.

Berdiri dikaitkan dengan aliran darah dan tekanan yang lebih tinggi, mendorong para saintis menyokong nasihat yang biasa untuk penunggang basikal lelaki supaya berdiri di atas pedal setiap 10 minit memandangkan ia efektif dan mudah dilakukan. – Mail Online

Pakar Saran Kaum Adam Berdiri Atas Pedal Setiap 10 Minit Elak Kemaluan Senak, Kebas Ketika Berbasikal

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker