Lelaki ditahan serang jiran dengan pisau pemotong sayur

Lelaki ditahan serang jiran dengan pisau pemotong sayur

Seorang pekerja syarikat kontraktor ditangkap selepas menyerang seorang jirannya dengan pisau kerana marahkan lelaki itu lalu di hadapannya, dalam kejadian di Kampung Baru Ampang, Ampang dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika mangsa yang berusia 64 tahun baru tiba di kediamannya sebelum didatangi suspek dengan memegang sebilah pisau pemotong sayur dan terus menyerangnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata suspek cuba menetak mangsa tetapi terkena topi keledar dipakainya dan mangsa terus menolak suspek hingga jatuh.

“Suspek yang tidak berpuas hati kemudian bangun dan menetak lengan kiri mangsa hingga cedera.

“Selain cedera pada lengan, mangsa turut sakit di seluruh badan dan dia sudah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang serta membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, katanya suspek yang berusia 38 tahun ditahan pada jam 5.45 petang, semalam di Kampung Baru Ampang untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati suspek dan mangsa sudah lima tahun berjiran dan kejadian dipercayai berpunca akibat suspek tidak suka mangsa lalu di hadapannya ketika dia duduk di koridor terletak di hadapan rumah mangsa.

“Semakan mendapati suspek yang bekerja sebagai pekerja syarikat kontraktor mempunyai empat rekod lampau berkaitan kesalahan dadah,” katanya yang memaklumkan polis turut merampas pisau dan pakaian digunakan suspek dalam kejadian itu.

Kata Mohamad Farouk, permohonan reman ke atas suspek dilakukan pada hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. BH

Lelaki ditahan serang jiran dengan pisau pemotong sayur


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker