Kerap Mabuk Perjalanan? Ini 6 Perkara Boleh Dilakukan Untuk Atasi Masalah Loya

Kerap Mabuk Perjalanan? Ini 6 Perkara Boleh Dilakukan Untuk Atasi Masalah Loya

PERJALANAN yang jauh bukan hanya memenatkan tetapi membuatkan badan kita berasa tidak selesa dan lesu.

Lebih lagi jika anda seorang yang mudah mabuk!

Tidak kiralah sama ada perjalanan menaiki kereta mahupun bot atau kapal terbang.

Pengsan atau keadaan pening seolah-olah dunia sedang berpusing berlaku disebabkan organ deria menghantar isyarat ketidakseimbangan kepada otak.

Bagaimanapun, mabuk perjalanan tersebut bukanlah sesuatu perkara yang perlu dibimbangkan kerana ia adalah perkara biasa yang sering berlaku khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Kebanyakan kanak-kanak alaminya kerana bermain permainan video di dalam kenderaan.

Ada yang mengalaminya kerana pada ketika itu mereka sedang menonton filem atau bermain permainan video mahupun membaca.

Namun, orang dewasa juga cenderung untuk mabuk perjalanan jika mereka sedang hamil atau migrain.

Antara simptom yang berlaku adalah ketidakseimbangan, muntah atau loya, pening, berpeluh dan keletihan.

Oleh itu, bagi mengatasinya daripada berlaku, anda boleh ikuti beberapa tips ini.

1. Duduk di kerusi hadapan

Jika anda sering mengalami situasi sedemikian, boleh cuba untuk duduk di kerusi hadapan dan belajar menikmati pemandangan sekeliling.

2. Minum halia

Sebelum perjalanan dimulakan, anda boleh cuba menikmati secangkir minuman berhalia.

Caranya mudah sahaja dengan mengambil ekstrak halia dan membancuhnya di dalam air suam.

3. Banyak minum air kosong

Memastikan badan sentiasa hidrasi juga dapat membantu mengurangkan mabuk perjalanan ya!

4. Elak makanan berminyak

Perjalanan sering kali dimulakan pada awal pagi dan semestinya menu yang paling mudah diperoleh adalah nasi lemak atau bihun dan mee goreng.

Kesemua makanan ini bukan hanya menyelerakan tetapi dapat membantu mengekalkan rasa kenyang dalam tempoh yang lama.

Namun, jika anda seorang yang mudah pening dan berasa loya, elakkan pengambilannya.

5. Dengar muzik

Dengan mendengar muzik atau lagu kesukaan, anda dapat menghilangkan ‘fokus’ terhadap rasa pening dan loya. Cubalah!

6. Elak membaca

Sesetengah orang boleh membaca dan bermain permainan video di dalam kenderaan yang bergerak.

Tapi jika anda mudah rasa mabuk, elakkan melakukan aktiviti tersebut.

Kerap Mabuk Perjalanan? Ini 6 Perkara Boleh Dilakukan Untuk Atasi Masalah Loya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker