Elaun bulanan RM500 kepada veteran pasangan terlantar sakit – Ismail
Elaun bulanan RM500 kepada veteran pasangan terlantar sakit – Ismail
Kerajaan masih dalam perbincangan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung pemberian elaun bulanan RM500 kepada veteran tentera dan pasangannya yang sakit.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan untuk membalas jasa mereka yang berkorban untuk mempertahankan tanah air.
“Kalau veteran sakit terlantar, isteri yang jaga, isteri akan dapat elaun RM500 sebulan, Bukan itu sahaja, kalau isteri yang sakit, suami (veteran) yang jaga juga layak dapat RM500,” katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Pejabat Pentadbiran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV ATM) Cawangan Bera, malam tadi.
Sejak Ogos 2020, kerajaan memberi elaun bulanan berjumlah RM350 kepada isteri yang menjaga sepenuh masa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sakit.
Sementara itu, seramai 2,500 anak veteran tentera berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) secara percuma untuk tempoh setahun dengan kos pengajian dibiayai universiti.
Program pengajian yang ditawarkan dalam tempoh lima tahun itu memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM12,500 setahun, yang mana penuntut terlibat boleh memilih sama ada mahu kekal di universiti itu atau melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi lain.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bera itu mengumumkan sebanyak 1,000 unit Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di daerah ini untuk veteran tentera yang masih belum memiliki kediaman sendiri.
“Saya telah berbincang dengan Menteri KPKT mengenai perkara ini, dan saya mahu memastikan tiada lagi veteran yang menyewa atau menumpang,” katanya. MG
Elaun bulanan RM500 kepada veteran pasangan terlantar sakit – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Calon MPP selar Rafizi pilih bulu
- Keretakan rumah tangga Noh-Mizz Nina? ‘kamu semua kena tipu’
- ‘Derhaka’ cara pakai, Neelofa kecewa inainya diburuk-burukkan
- Tukar logo hadapi PRU-15 bukti PAS tidak yakin dengan jenama PN
- Pesalah seks di Thailand akan dimandulkan
- Ketahui 6 Punca Biasa Buatkan Sinki Dapur Mudah Tersumbat, Yang Ke 5 Memang Tak Sangka!
- Natasha Hudson Tegur Dato Ac Mizal Isu Anjing
- Kontroversi pemilihan PKR, solusi penyatuan bertukar jadi bom jangka?
- Tak ingat Tuhan agaknya – Mira Filzah
- Indonesia beku pekerja, banyak lagi negara sumber ada – Hamzah
- Syamsul Yusof saran undang-undang hina Islam diperketat
- Tajuddin sendiri akan keluar kenyataan mengenai isu duta – Ismail
- Kes terpotong anu: Kerajaan, empat lagi fail rayuan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.