Duopharma Biotech rancang hasilkan ubat daripada ganja
Duopharma Biotech rancang hasilkan ubat daripada ganja
Duopharma Biotech Bhd meninjau kemungkinan untuk membangunkan produk penjagaan kesihatan berkaitan ganja, namun sedang menunggu rangka kerja kawal selia daripada kerajaan.
Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech, Leonard Ariff Abdul Shatar, berkata syarikat farmaseutikal itu sedang berunding dengan beberapa pihak untuk melihat pilihan yang ada bagi rancangan berkenaan.
“Buat masa ini, kami tidak mempunyai sebarang produk berkaitan ganja dalam portfolio sedia ada.
“Bagaimanapun, kami adalah salah satu pembekal terbesar apa yang disebut sebagai ubat berbahaya, untuk kerajaan.
“Ya, kami sedang bekerjasama dengan beberapa pihak untuk meninjau produk penjagaan kesihatan berkaitan ganja,” katanya mada majlis memeterai perjanjian kerjasama dengan The Live Green Co, hari ini.
Beliau berkata, syarikat masih perlu memahami rangka kerja kawal selia berhubung perkara itu sebelum ia boleh mengalihkan usaha ke arah pembangunan produk berkenaan.
“Kami sedang bekerjasama dengan beberapa syarikat dari Australia dan serantau bagi meninjau pilihan yang ada.
“Namun, sehingga kawal selia diperjelaskan, ini bukan sesuatu yang kami usahakan secara menyeluruh. Ia salah satu daripada beberapa projek yang sedang diusahakan di Duopharma Biotech,” katanya.
Mengenai kekurangan produk farmaseutikal dalam pasaran, Leonard Ariff berkata isu itu hanya sementara dan akan diperbetulkan dalam masa terdekat ini.
Beliau menjelaskan bahawa unjuran bekalan diimport bagi industri itu dibuat antara enam hingga sembilan bulan lebih awal, antara faktor yang menyebabkan kekurangan bekalan.
“Banyak pihak tidak menyedarinya, namun unjuran bagi import produk farmaseutikal dibuat antara enam hingga sembilan bulan lebih awal.
“Jadi, jika masa diundur, mereka yang membuat unjuran itu tidak mengetahui kita akan bergerak ke fasa endemik kerana kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) enam hingga sembilan bulan lalu.
“Sekarang, kuantitinya terbukti tidak mencukupi namun ia sesuatu yang boleh diperbetulkan dalam masa terdekat ini,” kata Leonard Ariff.
Sementara itu, Duopharma Biotech akan bekerjasama dengan The Live Green Co, sebuah syarikat teknologi makanan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS)
untuk meneroka penggunaan bahan berasaskan tumbuhan dan teknologi bagi menggantikan bahan berasaskan haiwan, sintetik dan amat diproses.
Kerjasama itu adalah untuk memenuhi permintaan pengguna bagi makanan kesihatan dan farmaseutikal yang lebih mampan.
Ia antara lain akan membabitkan pembangunan, pembuatan dan pengkomersilan produk makanan kesihatan tumbuhan sahaja dan farmaseutikal
berdasarkan tumbuhan serta rangkaian penjagaan kesihatan pengguna Duopharma Biotech; dan pembangunan produk farmaseutikal berasaskan tumbuhan dengan menggantikan bahan-bahan yang berasaskan haiwan atau sintetik.
“Melalui kerjasama ini, Duopharma Biotech mampu mengembangkan bilangan makanan kesihatan tumbuhan-sahaja dan farmaseutikal berasaskan tumbuhan yang boleh ditawarkan kepada pelanggan, sekali gus mengembangkan potensi pasaran kami dan pada masa sama mengurangkan jejak karbon daripada bahan yang tidak mampan dan proses pembuatan yang kurang dioptimumkan,” katanya.
Kerjasama Duopharma Biotech dengan The Live Green Co akan menyaksikan sekurang-kurangnya dua produk yang dirumus semula ditawarkan kepada pengguna menjelang 2024.
Jenama pengguna terkemuka yang akan membawa tag tumbuhan sahaja atau berasaskan tumbuhan tidak lama lagi termasuk Flavettes, Champs, Proviton, Uphamol dan Naturalle. BH
Duopharma Biotech rancang hasilkan ubat daripada ganja
Baca Artikel Menarik:
- Calon MPP selar Rafizi pilih bulu
- Keretakan rumah tangga Noh-Mizz Nina? ‘kamu semua kena tipu’
- ‘Derhaka’ cara pakai, Neelofa kecewa inainya diburuk-burukkan
- Tukar logo hadapi PRU-15 bukti PAS tidak yakin dengan jenama PN
- Pesalah seks di Thailand akan dimandulkan
- Ketahui 6 Punca Biasa Buatkan Sinki Dapur Mudah Tersumbat, Yang Ke 5 Memang Tak Sangka!
- Natasha Hudson Tegur Dato Ac Mizal Isu Anjing
- Kontroversi pemilihan PKR, solusi penyatuan bertukar jadi bom jangka?
- Tak ingat Tuhan agaknya – Mira Filzah
- Indonesia beku pekerja, banyak lagi negara sumber ada – Hamzah
- Syamsul Yusof saran undang-undang hina Islam diperketat
- Tajuddin sendiri akan keluar kenyataan mengenai isu duta – Ismail
- Kes terpotong anu: Kerajaan, empat lagi fail rayuan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.