18 Ikan kayangan bernilai RM7,050 ditangkap di Sungai Jelai
18 Ikan kayangan bernilai RM7,050 ditangkap di Sungai Jelai
LIPIS: Pengurus restoran masakan tradisional Pahang, House of Patin, Kuala Lumpur, Ahmad Daniar Ismail, 46, teruja memperoleh hasil tangkapan ikan bernilai tinggi iaitu patin buah dan jelawat di Sungai Jelai berdekatan Kampung Kuala Medang di sini.
Sebanyak 14 ekor patin buah dan empat ekor jelawat dijala olehnya yang mana nilai pasaran kesemua ikan ‘kayangan’ itu berjumlah RM7,050.
Jumlah itu berdasarkan harga RM150 sekilogram untuk patin buah dan RM120 sekilogram ikan jelawat.
Ahmad Daniar berkata, seperti kata orang-orang tua, ‘rezeki tidak salah alamat’, dia turun ke Sungai Jelai berdekatan kampung asalnya kira-kira pukul 7 pagi kelmarin untuk menjala ikan liar.
“Sebelum ini, saya pulang ke kampung di Kuala Medang untuk membeli ikan patin dan ikan liar Sungai Jelai daripada nelayan sungai untuk mengisi stok di Restoran House of Patin saya kerana sudah habis dimasak dan dijual kepada pelanggan di Lembah Klang.
“Baru-baru ini, saya sendiri turun menjala memandangkan air Sungai Jelai surut dan cuaca agak baik. Tidak menghampakan apabila memperoleh 14 ekor patin buah dan empat ekor ikan jelawat kira-kira dua jam menaiki bot gentian kaca,” katanya di sini.
Menurut Ahmad Daniar, dia bertuah apabila hanya dalam tempoh dua jam berjaya menjala ikan patin buah malah ibarat sebagai ‘bonus’ memperoleh ikan jelawat, iaitu antara ikan ‘kayangan’ yang banyak terdapat di habitat Sungai Jelai di daerah ini.
Katanya, dia tidak menunggu lama untuk memperoleh tangkapan pertama apabila hampir 20 minit jala ditebar lalu diangkat naik ke atas bot terdapat dua ekor patin buah yang meronta-ronta dalam jala.
“Tangkapan patin buah dan jelawat ini disimpan serta dimasak di restoran House of Patin kerana masih ada lagi pelanggan terdiri daripada warga kota yang membuat tempahan,” katanya.
Dia berkata, ikan patin buah dan ikan jelawat itu boleh dimasak campuran tempoyak dan stimbot untuk hidangan hampir 100 pelanggan. Utusan
18 Ikan kayangan bernilai RM7,050 ditangkap di Sungai Jelai
Baca Artikel Menarik:
- Calon MPP selar Rafizi pilih bulu
- Keretakan rumah tangga Noh-Mizz Nina? ‘kamu semua kena tipu’
- ‘Derhaka’ cara pakai, Neelofa kecewa inainya diburuk-burukkan
- Tukar logo hadapi PRU-15 bukti PAS tidak yakin dengan jenama PN
- Pesalah seks di Thailand akan dimandulkan
- Ketahui 6 Punca Biasa Buatkan Sinki Dapur Mudah Tersumbat, Yang Ke 5 Memang Tak Sangka!
- Natasha Hudson Tegur Dato Ac Mizal Isu Anjing
- Kontroversi pemilihan PKR, solusi penyatuan bertukar jadi bom jangka?
- Tak ingat Tuhan agaknya – Mira Filzah
- Indonesia beku pekerja, banyak lagi negara sumber ada – Hamzah
- Syamsul Yusof saran undang-undang hina Islam diperketat
- Tajuddin sendiri akan keluar kenyataan mengenai isu duta – Ismail
- Kes terpotong anu: Kerajaan, empat lagi fail rayuan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan