Twitter saman Elon Musk
Twitter saman Elon Musk
Twitter Inc menyaman Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk, kerana melanggar perjanjian AS$44 bilion (RM195 bilion) untuk membeli platform gergasi media sosial itu dan meminta Mahkamah Delaware memerintahkan orang terkaya di dunia untuk melengkapkan pembelian pada AS$54.20 sesaham seperti dipersetujui.
“Musk nampaknya percaya bahawa dia – tidak seperti mana-mana pihak lain yang tertakluk kepada undang-undang kontrak Delaware – bebas untuk mengubah fikirannya, memusnahkan syarikat, mengganggu operasinya, memusnahkan nilai pemegang saham dan pergi,” kata Twitter dalam tuntutan mahkamah.
Dalam pemfailan berasingan, Twitter turut meminta mahkamah menjadualkan perbicaraan empat hari pada pertengahan September ini.
Tuntutan undang-undang itu sekali gus dijangka menjadi isu terbesar dalam sejarah Wall Street, membabitkan seorang daripada usahawan paling terkenal di dunia, dalam satu kes yang akan menghidupkan bahasa kontrak yang tenang dan serius.
Jumaat lalu, Musk mengumumkan beliau mahu membatalkan perjanjian pembelian Twitter Inc, selepas syarikat gergasi media sosial itu gagal mengemukakan maklumat mengenai akaun palsu di pentas dalam taliannya.
Saham Twitter naik kepada AS$51.70 (RM229) seunit pada April lalu bila Musk mengumumkan hasratnya mahu membeli syarikat itu.
Namun, harganya jatuh kepada AS$35.76 (RM158) seunit sebulan selepas itu apabila komitmen Musk mula dipertikaikan dan semalam, saham Twitter jatuh lagi kepada AS$37 (RM164) seunit.
Peguam Musk memberitahu, Twitter gagal atau enggan bertindak berhubung beberapa permintaan anak guamnya mengenai maklumat akaun palsu atau ‘spam’ yang terdapat di pentas media sosial itu.
“Twitter sudah memungkiri perjanjian dan dilihat memberi maklumat palsu atau mengelirukan ketika membuat persetujuan mengenai perjanjian penggabungan itu bersama Musk.
Musk turut membuat beberapa hantaran tweet sindiran selepas syarikat itu berkata ia akan menyaman bilionair berkenaan bagi mendesak urus niaga diteruskan.
“Mereka berkata saya tidak mampu membeli Twitter. Kemudian mereka tidak mendedahkan maklumat. Kini mereka mahu mahu memaksa saya untuk membeli Twitter di mahkamah. Kini mereka perlu mendedahkan maklumat di mahkamah,” katanya dalam satu tweet, dengan setiap satu daripada empat kenyataan itu disertakan dengan gambarnya sedang ketawa besar. BH
Twitter saman Elon Musk
Baca Artikel Menarik:
- Hadi, Muhyiddin bercelaru, lebih banyak kesilapan akan dibuat – – Khairuddin
- Mungkin Takiyuddin membelakangkan Hadi – Asyraf
- Jabatan Peguam Negara teliti laporan waris Sulu rampas anak syarikat Petronas
- Rafizi senarai ‘geng’ tolak khemah besar rebut jawatan MPP PKR
- Panik dikepung, suspek pecah rumah tikam polis
- Insiden Tular Di Linkedua, Polis Johor Dapatkan Bantuan Polis Singapura Kesan 2 Suspek
- Waris Sultan Sulu Rampas Anak Syarikat Petronas -Laporan
- Lagi video komedi solo Crackhouse didakwa sindir Islam didedahkan
- Kontrak Wan Saiful sebagai Pengerusi PTPTN tamat dan tidak disambung
- TMJ cadang MB Johor pakai selipar
- Ini bezanya perjuang Mat Kilau dengan Mat PAS
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin ‘gugur sebelum masak’
- Sanusi dedahkan Musang King dibalak zaman anak Mahathir sebagai MB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.