Lebih baik bubar Parlimen
Lebih baik bubar Parlimen
Pilihan memohon pembubaran Parlimen dilihat sebagai antara jalan penyelesaian terbaik sekiranya BERSATU terus mendesak Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam isu pelantikan timbalan perdana menteri (TPM) daripada parti itu.
Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan, berkata Perdana Menteri juga boleh mengetepikan permintaan itu kerana sokongan BERSATU masih bersama kerajaan.
“Saya tak faham kenapa BERSATU menimbulkan isu itu kerana ini bukan masa paling sesuai membuat tuntutan jawatan.
“Bagaimanapun, saya berpandangan BERSATU menimbulkan perkara ini berdasarkan dua sebab iaitu pertama, kecewa dengan sikap Perdana Menteri melengah-lengahkan keputusan berhubung kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet.
“Kedua, BERSATU mahu memberi tekanan kepada Perdana Menteri supaya tunduk dengan tuntutan terbabit apenting menunjukkan parti itu mempunyai pengaruh dalam kerajaan,” katanya kepada BH, hari ini.
Isu jawatan TPM terus menjadi polemik selepas bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa perjanjian di antara Perikatan Nasional (PN) dengan Ismail Sabri memang wujud.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, pula dilaporkan berkata, partinya berpegang kepada keputusan awal penubuhan kerajaan pimpinan PN iaitu tiada pelantikan TPM dilakukan dan tiada sebarang perjanjian dibuat.
Malah, beberapa pemimpin UMNO termasuk Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, memaklumkan perjanjian pelantikan TPM antara parti itu dan PN tidak dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta pemimpin lima jawatan tertinggi atau ‘Top Five’ UMNO, selain ada yang meminta Perdana Menteri membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya.
Azmi berkata, strategi BERSATU yang membuat tuntutan terbabit ibarat memberi ‘bola tanggung’ kepada UMNO yang menuduh parti pimpinan Muhyiddin itu lebih mementingkan agenda politik berbanding rakyat.
Sementara itu, Penganalisis Politik dan Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Azmir Mohd Nizah, berkongsi pandangan sama iaitu Ismail Sabri boleh memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen memandangkan tempoh penggalnya hampir tamat tahun depan.
“Dalam konteks Perdana Menteri, pelantikan TPM hanya akan menambah jumlah anggota Kabinet yang sedia besar ketika ini.
“Isu ini tidak perlu dibangkitkan dalam keadaan rakyat yang terus tertekan. Kelangsungan rakyat lebih utama berbanding ahli politik.
“Kalau ikut perkiraan untuk kuasa, wajar bubar Parlimen namun perlu fikir juga apakah kita mampu mengadakan pilihan raya yang membabitkan kos tinggi,” katanya. BH
Lebih baik bubar Parlimen
Baca Artikel Menarik:
- Hadi, Muhyiddin bercelaru, lebih banyak kesilapan akan dibuat – – Khairuddin
- Mungkin Takiyuddin membelakangkan Hadi – Asyraf
- Jabatan Peguam Negara teliti laporan waris Sulu rampas anak syarikat Petronas
- Rafizi senarai ‘geng’ tolak khemah besar rebut jawatan MPP PKR
- Panik dikepung, suspek pecah rumah tikam polis
- Insiden Tular Di Linkedua, Polis Johor Dapatkan Bantuan Polis Singapura Kesan 2 Suspek
- Waris Sultan Sulu Rampas Anak Syarikat Petronas -Laporan
- Lagi video komedi solo Crackhouse didakwa sindir Islam didedahkan
- Kontrak Wan Saiful sebagai Pengerusi PTPTN tamat dan tidak disambung
- TMJ cadang MB Johor pakai selipar
- Ini bezanya perjuang Mat Kilau dengan Mat PAS
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin ‘gugur sebelum masak’
- Sanusi dedahkan Musang King dibalak zaman anak Mahathir sebagai MB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.