Hamzah suruh tanya Takiyuddin samada perjanjian atau MoA

Hamzah suruh tanya Takiyuddin samada perjanjian atau MoA

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan perlu menjelaskan perbezaan di antara perjanjian dengan Memorandum Perjanjian (MoA) berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

“Tanya dia, apa maksudnya perjanjian atau MoA,” katanya Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainudin tanpa enggan mengulas lanjut.



Hamzah membuat kenyataan itu ketika ditanya mengenai kenyataan baharu Setiausaha Agung Pas itu.

Semalam, Takiyuddin mengaku membuat draf perjanjian jawatan TPM.

Katanya, walaupun perjanjian di antara Muhyiddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu secara terperinci ada menyebut mengenai jawatan TPM, namun ia tidak mensyaratkan perlantikannya adalah dimestikan.

Ini kerana, klausa mengenai TPM tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.



Takiyuddin berkata, beliau membuat dalam draf perjanjian itu atas kedudukannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) pada waktu itu.

Namun, katanya, perkara berkaitan lantikan Timbalan Perdana Menteri bukan satu perjanjian sebaliknya dipanggil sebagai Memorandum Perjanjian (MoA) dan bukannya Memorandum Persefahaman (MoU).

Sebelum ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perjanjian lantikan TPM tidak wujud.

Walaubagaimanapun, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Abdul Hadi merujuk kepada Takiyuddin yang didakwanya sebagai pembuat draf perjanjian lantikan jawatan tersebut. MG



Hamzah suruh tanya Takiyuddin samada perjanjian atau MoA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]



Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker