China harus utamakan kepentingan negara jiran – Ismail
China harus utamakan kepentingan negara jiran – Ismail
Malaysia berharap agar China terus mengekalkan kepentingan negara jiran serta rakan kongsi terutamanya membabitkan soal pembangunan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, China merupakan negara yang sering membantu negara-negara lain khususnya Malaysia ketika berdepan situasi COVID-19 yang melanda dunia.
“Saya memberikan komitmen bukan sahaja untuk memperkukuh hubungan dua hala bersama China, tetapi juga menyatakan kesediaan memainkan peranan aktif bagi mempromosikan kestabilan di peringkat serantau,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada majlis makan malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-48 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di Seri Kembangan pada Selasa malam.
Tambah Ismail Sabri, China juga telah menjadi rakan dagang Malaysia sejak 2009 berikutan kedudukannya sebagai negara kuasa besar ekonomi.
Hubungan dagang kedua-dua negara tersebut, katanya telah membawa nilai perdagangan melebihi RM421 bilion.
“Hubungan ekonomi antara dua negara ini turut memberikan peluang lebih besar kepada pembangunan Keluarga Malaysia dalam aspek kemahiran dan pengalaman selain menawarkan manfaat kewangan kepada Malaysia.
“Hubungan Malaysia-China bukan hanya kepentingan ekonomi semata-mata tetapi juga aspek pendidikan, teknologi, kesihatan atau kerjasama penguatkuasaan undang-undang yang mempunyai kepentingan bersama,” katanya lagi.
Turut hadir pada majlis itu, Duta Khas Perdana Menteri ke China, merangkap Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China Datuk Seri Tiong King Sing dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing serta beberapa Menteri Kabinet. Aw
China harus utamakan kepentingan negara jiran – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Hadi, Muhyiddin bercelaru, lebih banyak kesilapan akan dibuat – – Khairuddin
- Mungkin Takiyuddin membelakangkan Hadi – Asyraf
- Jabatan Peguam Negara teliti laporan waris Sulu rampas anak syarikat Petronas
- Rafizi senarai ‘geng’ tolak khemah besar rebut jawatan MPP PKR
- Panik dikepung, suspek pecah rumah tikam polis
- Insiden Tular Di Linkedua, Polis Johor Dapatkan Bantuan Polis Singapura Kesan 2 Suspek
- Waris Sultan Sulu Rampas Anak Syarikat Petronas -Laporan
- Lagi video komedi solo Crackhouse didakwa sindir Islam didedahkan
- Kontrak Wan Saiful sebagai Pengerusi PTPTN tamat dan tidak disambung
- TMJ cadang MB Johor pakai selipar
- Ini bezanya perjuang Mat Kilau dengan Mat PAS
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin ‘gugur sebelum masak’
- Sanusi dedahkan Musang King dibalak zaman anak Mahathir sebagai MB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.