Amaran kemelesetan ekonomi dunia semakin jelas
Amaran kemelesetan ekonomi dunia semakin jelas
Pasaran saham Asia bergelut untuk pulih daripada kerugian dialami awal minggu ini apabila amaran mengenai kemelesetan terus meningkat, manakala harga minyak sukar untuk pulih daripada kejatuhan besar yang berpunca daripada kebimbangan terhadap permintaan.
Peniaga juga menunggu pengumuman beberapa petunjuk utama minggu ini, termasuk Indeks Harga Pengguna, dengan jangkaan satu lagi peningkatan ke paras tertinggi baharu dalam tempoh 41 tahun.
Satu lagi kenaikan harga yang tinggi akan mengukuhkan lagi keazaman Rizab Persekutuan (Fed) untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas buat bulan kedua berturut-turut, menambah lagi kebimbangan bahawa pegawai bank pusat Amerika Syarikat (AS) itu bertindak melebihi keperluan dan mengheret ekonomi terjerumus kepada kemelesetan.
Penganalisis New York Life Investments, Lauren Goodwin, bagaimanapun berkata pembuat dasar berkemungkinan tidak akan berubah dengan pendirian sedemikian buat masa ini.
“Ia sesuatu yang boleh amat dijangka,” katanya kepada Bloomberg Television.
“Walaupun ia tidak dijangka sekali pun, saya tidak merasakan perubahan dalam perspektif Fed dalam beberapa minggu akan datang. Kita tidak mempunyai bukti mencukupi bahawa inflasi telah benar-benar berakhir.”
Satu lagi isyarat tekanan dirasai di seluruh dunia akibat kenaikan harga, bank pusat Korea Selatan hari ini menaikkan kadar faedah sebanyak 0.5 mata peratusan, kenaikan pertama seumpamanya sejak 1999.
Pasaran saham Asia diniagakan bercampur-capur dengan Tokyo, Hong Kong, Seoul, Wellington dan Taipei meningkat sedikit namun Shanghai, Sydney, Singapore, Manila dan Jakarta merosot.
Kontrak minyak mentah utama kekal berada di bawah AS$100 setong dan sukar untuk pulih daripada penurunan lebih tujuh peratus yang dialami semalam, dipengaruhi oleh kejatuhan permintaan dan kebimbangan lebih banyak sekatan COVID-19 dilaksanakan di Shanghai.
Komoditi itu kehilangan sebahagian besar kenaikan yang disaksikan selepas pencerbohan Vladimir Putin ke atas Ukraine, di sebalik sekatan ke atas import dari Russia, dengan beberapa penganalisis berkata pengguna memilih untuk tidak membeli bahan api disebabkan harganya yang tinggi.
Data daripada American Petroleum Institute menunjukkan simpanan minyak AS meningkat 4.76 juta tong minggu lalu, lapor Bloomberg News memetik individu yang biasa dengan angka itu.
Ia memberi petunjuk permintaan lemah walaupun semasa kemuncak pemanduan musim panas. BH
Amaran kemelesetan ekonomi dunia semakin jelas
Baca Artikel Menarik:
- Hadi, Muhyiddin bercelaru, lebih banyak kesilapan akan dibuat – – Khairuddin
- Mungkin Takiyuddin membelakangkan Hadi – Asyraf
- Jabatan Peguam Negara teliti laporan waris Sulu rampas anak syarikat Petronas
- Rafizi senarai ‘geng’ tolak khemah besar rebut jawatan MPP PKR
- Panik dikepung, suspek pecah rumah tikam polis
- Insiden Tular Di Linkedua, Polis Johor Dapatkan Bantuan Polis Singapura Kesan 2 Suspek
- Waris Sultan Sulu Rampas Anak Syarikat Petronas -Laporan
- Lagi video komedi solo Crackhouse didakwa sindir Islam didedahkan
- Kontrak Wan Saiful sebagai Pengerusi PTPTN tamat dan tidak disambung
- TMJ cadang MB Johor pakai selipar
- Ini bezanya perjuang Mat Kilau dengan Mat PAS
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin ‘gugur sebelum masak’
- Sanusi dedahkan Musang King dibalak zaman anak Mahathir sebagai MB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman
You must be logged in to post a comment.