U-turn Ordinan Darurat: PM, menteri ‘tipu’ rakyat, Agong

U-turn Ordinan Darurat: PM, menteri ‘tipu’ rakyat, Agong, kata Ahli Parlimen

“Pusingan U” mengejut Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung pembatalan Ordinan Darurat, apabila mengakui ia tidak dilakukan sebetulnya, mencetuskan reaksi marah dan terkejut Ahli Parlimen.

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata, perubahan haluan kerajaan itu membuktikan ia berbohong kepada rakyat, manakala Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said dengan nada menyindir berkata: “Sudah terlambat!!!”



Muhyiddin dalam kenyataan hari ini berkata, disebabkan Ordinan Darurat dibatalkan pada 1 Ogos lalu, isu pembatalannya oleh Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit, tetapi ia tetap akan dibentangkan dan dibahas di Parlimen pada September selaras perintah Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, usul itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok yang diharap dapat “menyelesaikan polemik pembatalan Ordinan Darurat secara harmoni dan berperlembagaan.”

Susulan itu, Najib berkata, kerajaan telah berbohong kepada negara apabila mengumumkan minggu lalu bahawa ordinan terbabit dibatalkan.

“’Confirm’ PM8 dan Menteri PN sudah menipu bahawa ianya sudah dibatalkan dan kenyataan 4 muka surat mereka hari itu sekadar penipuan sahaja kepada YDP Agong dan seluruh Rakyat Malaysia.



“Apa pula akan terjadi sekiranya usul kerajaan ini tidak dapat undian majoriti dalam parlimen dan tidak dapat diluluskan? Jangan letak usul ini ke paling belakang nanti. Biarkan ianya jadi usul pertama sidang Parlimen akan datang,” katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dari PKR berkata, kenyataan Perdana Menteri itu gagal menjawab “isu menggusarkan” untuk menjelaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan bahawa enam daripada Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai 2021.

Katanya, lebih-lebih lagi kenyataan Istana Negara pada 29 Julai mengatakan Takiyuddin mengelirukan Dewan.

“Saya tidak percaya langkah ini akan menyelesaikan krisis buatan sendiri kerajaan ini. Malah ia akan lebih memanjangkan masalah,” kata Fahmi.



Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer berkata pusingan U itu menunjukkan Perdana Menteri dan Kabinet telah berbohong kepada Dewan Rakyat apabila Takiyuddin mengatakan ordinan berkenaan dibatalkan pada 21 Julai.

“Ia menunjukkan Perdana Menteri dan Kabinet derhaka dan khianat apabila melanggar nasihat Agong yang mahukan Ordinan-ordinan Darurat dibentangkan, didebat dan diundi ketika sidang Parlimen Julai.

“Perdana Menteri dan Kabinet mesti segera meletak jawatan jika masih ada maruah.”

Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah pula menyifatkannya “mempersendakan demokrasi berparlimen” seterusnya keadaan selain diperbetulkan semalam dalam persidangan Dewan Rakyat.



“Mana boleh membatalkan ordinan tanpa memaklumkan Agong, dan kemudian membincangkannya pula.

“Perdana Menteri telah hilang segala pemahaman mengenai Perlembagaan dan patut meletak jawatan bersama keseluruhan Kabinet. Malaysia berhak mendapat lebih baik dan tidak patut dibohongi atau diperlakukan seperti kerbau dicucuk hidung.”

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Rafidah Aziz mempertikaikan kenapa mesyuarat Kabinet tidak diadakan berhubung isu itu terlebih dulu.

Katanya, memandangkan segala peluang yang ada untuk kerajaan membincangkan pembatalan berkenaan sebelum darurat berakhir, persoalan yang timbul adalah sama ada sebenarnya tahu apa yang sepatutnya diberi keutamaan.



Azalina berkata, kerajaan hilang peluangnya kerana sepatutnya menjelaskan kenyataan Takiyuddin semalam di Parlimen sebelum sidang digantung.

Dalam ciapan di Twitter, Ahli Parlimen Pengerang itu berkata: “Sudah terlambat!!!”

Warganet turut bersuara

Pengguna media sosial pantas menunjukkan reaksi terhadap berita itu di Facebook.



Anita Rajagopal berkata, Ordinan-ordinan Darurat tidak patut dibentangkan pada September kerana sidang Parlimen sedia ada belum diselesaikan.

“September? Tidak! Sesi ini pun belum selesai lagi. Lagipun kamu perlu membentangkan usul kepercayaan terlebih dulu sebelum perkara lain boleh dibincangkan,” katanya.

Henry Yap berkata, debat perlu diadakan segera memandangkan keadaan kritikal akibat Covid-19. FMT

U-turn Ordinan Darurat: PM, menteri ‘tipu’ rakyat, Agong


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker