Scammer Selangor dah dapat RM56.9 juta
Scammer Selangor dah dapat RM56.9 juta
Jenayah penipuan dalam talian atau scam di Selangor terus berada di tahap membimbangkan apabila mencatatkan kerugian mencecah RM56.9 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, jumlah kerugian itu membabitkan 1,354 kes dengan penipuan paling tinggi adalah Macau Scam.
Katanya, jumlah kes itu menyumbang kepada 75 peratus daripada keseluruhan kes komersial di negeri ini.
“Ini bukan kerugian yang sedikit dan perlu diambil berat. Ia perlu diatasi secara bersama-sama di semua peringkat termasuk masyarakat.
“Kita tidak boleh berdiam diri kerana ini (kes penipuan dalam talian) baru membabitkan satu kontinjen Selangor. Daripada jumlah berkenaan (RM59.6 juta), kita nak tahu berapa banyak duit kita yang sudah mengalir ke luar negara.
“Hasil kajian dan siasatan kita, sebahagian besarnya mengalir ke luar negara dan boleh bayangkan berapa banyak kerugian dialami ekonomi negara kita,” katanya selepas melancarkan Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Kontinjen Selangor, tadi.
Beliau berkata, lebih 1,700 individu sudah ditangkap bagi tempoh Januari hingga Jun ini dengan kebanyakannya membabitkan keldai akaun.
Menurutnya, berikutan ‘scammer’ menggunakan akaun individu lain, ia menyukarkan pembuktian di mahkamah.
“Justeru, saya sebelum ini ada menyebut perlunya membuat pindaan atau menggubal undang-undang yang lebih sesuai dengan perkembangan semasa. Ini kerana undang-undang kita tidak ‘cover’ jenayah dalam talian,” katanya.
Justeru Arjunaidi berkata, polis meminta semua pihak memainkan peranan sewajarnya ( termasuk penggubalan undang-undang bertepatan) selain kesedaran orang ramai.
Dalam pada itu, Arjunaidi memaklumkan sebanyak 392 unit papan iklan di seluruh Selangor akan memaparkan klip video kempen anti scam PDRM.
Katanya, kempen selama sebulan itu diharapkan mendapat kerjasama daripada semua pihak dalam memerangi jenayah scam di negeri ini. HM
Scammer Selangor dah dapat RM56.9 juta
Baca Artikel Menarik:
- PAS akan tinggalkan PN
- Anna Jobling dituduhkan promosi ‘soft porn’, maksiat
- Pembuang saka terkenal ditahan kes berkhalwat
- Mat Kilau terus cipta magis, RM16 juta 5 hari tayangan
- Jurutera kasari polis trafik ditahan reman tiga hari (Video)
- Datuk Yusri tipu projek naik taraf jalan raya dicari polis
- Tajuddin anjur kenduri rakyat untuk PM Ahad ini
- Lufya cedera, anak hampir diculik
- Komplot belot Presiden, Tok Mat perlu jawab
- Drama Tajuddin tidak beri kesan pada Zahid dan UMNO
- MP UMNO Jeli, Masjid Tanah & Bagan Serai lompat ke Bersatu demi selamatkan diri
- Mahathir takut berhadapan dengan Apandi Ali, protes keluar pejabat peguam negara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.