Pas seperti Incredible Hulk – Nur Jazlan

Pas seperti Incredible Hulk – Nur Jazlan

Pas didakwa seperti ‘tuan tanah’ dalam Perikatan Nasional (PN) sehingga menyebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus terpinggir.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Pas lebih dominan dalam gabungan berkenaan, khususnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan perkara itu dapat dilihat apabila Bersatu hanya mendapat tiga jawatan Exco di Kedah, sedangkan Pas mendapat lebih banyak.



“Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Pengerusi PN, tetapi rata-rata orang Melayu lihat Pas adalah parti utama yang mendominasi kedudukan dan kelebihan, baik di Parlimen mahupun di DUN (Dewan Undangan Negeri).

“Nampak sahaja alim, tetapi apabila masuk bab jawatan, kedudukan dan kuasa, memang geng dalam Pas ini kelabu mata. Mereka akan cuba kuasai semaksimum mungkin peluang untuk pegang jawatan walaupun terpaksa ketepikan rakan kerjasama mereka.

“Sebab itu bukan setakat di Kedah, tetapi di Kelantan dan Terengganu pun Pas bolot hampir semua jawatan exco. Di dua negeri Pantai Timur itu, Bersatu hanya dapat satu kerusi Exco dengan alasan mereka menang paling banyak kerusi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata, Pas dahulu sudah tidak sama seperti sekarang kerana parti itu dahulu berpolitik secara fisabilillah, tetapi kini tidak lagi.



“Pas ini seperti Incredible Hulk, apabila dia bertukar warna hijau dan jadi gergasi, dia akan hilang kewarasan. Semua benda yang lalu depan dia akan dihenyak, dipijak dan dihentam sampai hancur.

“Seperti Menteri Besar Kelantan, mula-mula selepas angkat sumpah jawatan, nada cakapnya cukup sopan santun. Dia cakap akan baiki hubungan dengan kerajaan Pusat yang agak keruh sebelum ini. Tetapi tak sampai seminggu pegang jawatan itu, dia cari gaduh pula dengan wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Dia tuduh dua wakil rakyat dari BN dan PH sebagai orang yang tolak perjuangan Islam. Bukan main sedap mulut saja dia tuduh orang tolak Islam. Dia hina dua wakil rakyat itu macam juga dia hina rakyat yang undi mereka. Adakah Menteri Besar Kelantan nak cakap rakyat tak undi calon Pas di dua DUN itu adalah orang yang tolak Islam,” soalnya. Utusan

Pas seperti Incredible Hulk – Nur Jazlan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya



Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]



Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker