Kesesakan Trafik Lembah Klang Makin Teruk Angkara PH

Oleh Nurul Aisyah

MUNGKIN ramai rakyat Malaysia tidak sedar bahawa Pakatan Harapan (PH) merupakan punca kesesakan traffik Lembah Klang semakin teruk. PH menangguhkan projek-projek pengangkutan awam sewenang-wenangnya hanya disebabkan dendam politik terhadap kerajaan Barisan Nasional(BN).

Kini ekonomi negara dibuka semula maka kesesakan semakin ketara. Pengangkutan awam mampu menangani isu ini sekiranya ia berjalan sepertimana yang kerajaan BN rancang dahulu.



Projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sudah tertangguh selama 4 tahun. Projek tersebut sepatutnya siap pada tahun 2020 tapi kerajaan PH yang memerintah selama 22 bulan telah menangguhkan projek LRT3 itu sehingga ke tahun 2024. Rakyat Malaysia rugi empat tahun hanya kerana PH dendam politik terhadap BN.

Projek dengan jajaran sepanjang 37.8 kilometer itu, menghubungkan penumpang dari koridor barat Lembah Klang dan pusat bandar raya Kuala Lumpur

Projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) atau MRT 2 pula tertangguh setahun lebih.

Buat masa ini pilihan yang kita ada terdiri daripada KTM Komuter, Rapid Bas, LRT1, LRT2 dan MRT1. Kesemua pengangkutan awam ini dibina ketika BM memerintah.



Umum amat maklum bahawa penangguhan kedua-dua projek ini telah merugikan rakyat dan negara. Masa sangat berharga namun PH gagal menyedari dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Apabila projek-projek ini dilaksanakan, ianya dapat menjadi pemangkin ekonomi kepada penduduk di sekitar jajaran MRT2 dan LRT3. PH seperti biasa sentiasa lembab bab ekonomi rakyat, gagal memberi keutamaan dalam perkara ini.

Dan yang paling penting, projek MRT2 dan LRT3 mampu mengurangkan kesesakan trafik di sekitar lembah Klang. Namun disebabkan oleh dendam politik PH dan Mahathir, dua projek penting ini tertangguh.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker