Mayat bayi dibunuh dijumpai di persisiran pantai

Mayat bayi dibunuh dijumpai di persisiran pantai

BAYAN LEPAS – Kes penemuan mayat bayi perempuan dalam keadaan kepala hampir terputus dipercayai hanyut dibawa arus di pesisiran pantai Persiaran Bayan Indah berhampiran pusat beli belah Queensbay semalam diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, ia susulan hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas bayi itu di Hopsital Pulau Pinang hari ini mendapati punca kematian disebabkan incised wound to the neck (kecederaan pada leher akibat dikelar).



“Semalam siasatan dibuat mengikut Seksyen 318 Kanun Kesekaan namun selepas mendapat keputusan hasil bedah siasat ia diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan C. Jivendran Muthuliyar di talian 019 346 9718 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MalaysiaGazette semalam melaporkan bau busuk di kawasan riadah berhampiran pesisiran pantai Persiaran Bayan Indah berhampiran pusat beli belah Queensbay di sini, rungkai penemuan mayat bayi perempuan.

Mayat bayi itu ditemui orang awam terdampar di kawasan batu pesisiran pantai tersebut sebelum mereka memaklumkan kejadian kepada pihak polis pada jam 5.55 petang. MG



Mayat bayi dibunuh dijumpai di persisiran pantai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular



Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?



Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker