Najib Mahu Tabung Haji Dibenarkan Berniaga Jana Lebih Keuntungan

Oleh Nurul Aisyah

TABUNG Haji(TH) antara institusi yang menjadi sasaran Pakatan Harapan (PH) untuk dijahanamkan. Entah kenapa PH dan Perikatan Nasional(PN) terlalu sakit hati dengan TH yang menjaga kepentingan umat Islam dalam negara kita.

Sememangnya ramai orang Islam memilih untuk menyimpan dalam TH memandangkan simpanan mereka “bersih” kerana setiap tahun zakat dikeluarkan dan simpanan bebas dari “riba”. Namun yang paling mengjengkelkan PH dan PN apabila hibah TH seringkali lebih tinggi dari simpanan di Bank-bank komersial yang lain ketika pemerintahan Barisan Nasional(BN).



Manurut Datuk Seri Najib, beliau pernah meramalkan pada permulaan tahun 2019 ketika zaman PH bahawa Hibah dan pendapatan Tabung Haji tidak akan tinggi lagi seperti masa BN pada tahun-tahun mendatang apabila PH serta CEO lantikan mereka mengeluarkan kenyataan bahawa tugas TH hanya untuk kerja mengendalikan jemaah Umrah menunaikan ibadah Haji kali pertama dan TH tidak perlu untuk berniaga atau melabur lagi.

Oleh itu, pendapatan dan Hibah TH untuk tahun-tahun mendatang akan konsisten pada tahap 3% setiap tahun sebab pulangan dari aset simpanan tetap cuma antara 4% hingga 5%.

Ditambah pula oleh kerugian TH sebanyak RM19.8 bilion yang disebabkan oleh propaganda memakan diri kerajaan PH dahulu (termasuk PPBM) hanya sebab mahu menyerang kerajaan BN sehingga TH perlu di “bail-out” kerajaan PH melalui syarikat milik Kementerian Kewangan dimana TH terpaksa menjual aset-aset seperti TH Hotels.

Akibatnya, TH tidak mampu lagi menampung penuh subsidi bagi kos Haji dan terpaksa menaikkan harga kepada jemaah bagi tahun ini. Ini jauh berbeza dengan sepanjang tempoh Datuk Seri Najib sebagai PM di mana kos haji pada jemaah tidak pernah naik.



Dengan ini, buat kali ke-5 Datuk Seri Najib menyeru kerajaan untuk mengkaji semula keputusan kerajaan PH dan PN dahulu bahawa TH tidak akan meniaga lagi tetapi hanya akan labur dalam aset-aset simpanan tetap. Dasar ini akan menghadkan jumlah pendapatan TH dan kadar Hibah setiap tahun.

Beliau bimbang jika dasar ini tidak dikaji semula, maka harga pakej Haji kepada Jemaah akan terus naik pada tahun-tahun mendatang. Akibatnya matlamat utama TH iaitu untuk memperkasakan ekonomi Ummah tidak akan tercapai.

Kerajaan sebenarnya banyak kuasa untuk memberi peluang yang baik kepada TH untuk menjana lebih keuntungan.

Datuk Seri Najib memberi contoh pembelian tanah TRX oleh TH dari 1MDB. Biarpun ianya telah dijadikan propaganda menipu oleh PH masa itu kononnya TH terpaksa membayar harga yang tinggi bagi tanah tersebut untuk bail-out 1MDB tetapi hakikatnya ialah tanah tersebut sebenarnya dijual dengan harga lebih murah kepada TH.



Akhirnya tanah yang dibeli dengan harga RM188 juta pada tahun 2015 telah dijual TH dengan harga lebih tinggi (sekitar RM400 juta) pada tahun 2019 zaman PH.

Memandangkan projek serta infrastruktur di TRX semakin siap dan semakin menarik, harga tanah serta potensi projek pembangunan atas tanah tersebut juga semakin tinggi.

Jika ia tidak dijual pada tahun 2019, keuntungan yang mampu dijana sekiranya TH membangunkan projek atas tanah tersebut adalah jauh lebih tinggi.

Namun potensi ini tidak lagi kesampaian sebab PH telah merosakkannya dengan propaganda menghasut dan menipu mereka.



Rakyat Malaysia juga turut berharap agar TH dibenarkan berniaga bagi menjana pendapatan yang lebih besar. Kenapa PH dan PN perlu mengacau TH yang menjaga ekonomi orang Islam? Apa agenda mereka sebenarnya?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker