Timbalan Speaker pun boleh lari keliling Parlimen sampai ‘ketaq’ lutut – Zahid


Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan fungsi Parlimen masih dapat diteruskan dengan selamat, biarpun negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, pada pandangan beliau, amalan demokrasi itu dapat dipulihkan dengan alasan ‘sains dan data’, termasuk dengan penggunaan teknologi persidangan secara maya, seperti yang dilakukan di negara-negara lain.

Beliau berkata, fungsi Parlimen perlu dikembalikan secepat mungkin, selaras dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong bahawa persidangan boleh dilakukan.

“Perlu ingat Parlimen mempunyai kedudukan paling utama dalam sistem demokrasi.

“Parlimen adalah forum untuk rakyat menyuarakan permasalahan melalui wakil mereka yang dipilih dalam pilihan raya.
“Merupakan badan perundangan Persekutuan yang memeriksa dasar-dasar kerajaan demi kepentingan negara.

“Menjaga dasar pengasingan kuasa Eksekutif, Legislatif dan Judisiari bagi mengelak penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa,” katanya menerusi catatan di laman media sosial beliau, hari ini.

Sumber Facebook zahidhamidi.fanpage
Ahmad Zahid berkata jika diguna pakai alasan ‘sains dan data’, ramai Ahli Parlimen telah mengambil suntikan vaksin COVID-19 sejak program vaksinasi kebangsaan bermula.

Selain itu, beliau berkata, kebanyakan aktiviti lain termasuk persekolahan sudah pun dibenarkan beroperasi, maka tiada sebab Parlimen terus ditutup.

“Ahli Parlimen Batu Pahat (Datuk Mohd Rashid Hasnon) beritahu dalam Facebook beliau telah lari sekeliling Parlimen sampai ‘ketaq’ lutut lari kelmarin.

“Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu kata dia lakukan gimik untuk acara ‘Parliament Virtual Run 2021’.

“Ini bermaksud Parlimen adalah sebuah kawasan yang selamat dan akan tetap selamat apabila semua yang hadir mematuhi SOP,” katanya lagi. Awani

https://mykmu.net/2018/01/04/pakatan-pembangkang-sentiasa-tidak-konsisten-dan-lari-kawasan/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker