PRN Johor: BN Tidak Perlu Terikut Kempen Menghina

Oleh Megat Terawih

Apabila tiada idea dan tiada tawaran terbaik untuk rakyat sekiranya menjadi kerajaan maka keluarlah dari mulut penceramah kempen ayat-ayat yang menghina pihak lawan, fakta yang diputarbelit dan paling memalukan adalah ayat-ayat fitnah.

Sekira ada tawaran pun ianya bukanlah suatu manifestasi yang meyakinkan pengundi maka di sepanjang siri kempen malah sebelum hari penamaan calon lagi, mereka kelihatan dengan jelas tidak yakin dengan manifesto sendiri.



PPBM, PAS melalui perikatan nasional berceramah dengan menggunakan naratif yang sama iaitu menghina pemimpin UMNO dan BN yang sedang di dakwa walaupun mereka tahu kes tersebut belum berakhir sepenuhnya.

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak dijadikan objek serangan utama mereka.

Begitu juga dengan PKR, DAP dan Amanah/PAN. Tidak bersungguh untuk mengupas tawaran yang bakal mereka berikan kepada rakyat sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan.

Parti lain seperti MUDA dan Pejuang yang pertama kali bertanding di pilihanraya dilihat sekadar pengacau undi dan tidak serius memperjuangkan nasib rakyat di dalam manifesto mereka. Kedua lebih kepada retorik.



Bagaimana ingin menguruskan negerindan rakyat sekiranya tidak pernah berada bersama masyarakat sebelum ini? Dengan jiran sendiri pun belum tentu kenal.

Bayangkan bagaimana parti-parti anti UMNO BN ini bergabung untuk membentuk kerajaan negeri sekiranya jumlah kerusi yang mereka perolehi mencukupi. Sesama mereka tidak sehaluan dari segi janji kepada rakyat dan halatuju negeri yang hendak mereka bawa.

Adakah sekali lagi mereka akan kata, manisfesto bukan kitab suci dan janji kami tidak sama maka kami mansuhkan semua janji ketika pilihanraya?

Bangsa Johor, sedarlah.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker