PM arahkan jawatankuasa khas siasat tindakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

SERDANG – Perdana Menteri mengarahkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat isu melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah dengan seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen (JIM) baru-baru ini.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau sudah meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali untuk menentukan pemilihan ahli jawatankuasa tersebut nanti.

“Kita minta supaya KSN melihat perkara ini dan menubuhkan jawatankuasa di peringkat dalaman untuk adakan siasatan, kita kena berlaku adil kepada semua pihak termasuk yang mengadu dan juga yang diadu.

“Kita serahkan kepada satu jawatankuasa yang akan ditentukan oleh KSN, siapa pengerusi dan sebagainya untuk membuat siasatan secara dalaman, saya serahkan kepada KSN,” katanya selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) di MAEPS Serdang hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tular dakwaan kejadian KPPA menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kakitangan JIM dalam kejadian yang berlaku antara pukul 8.40 hingga 9.40 pagi di KLIA pada Rabu lalu.

Begitupun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan tuduhan Ketua Pengarahnya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai JIM yang bertugas di KLIA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker