Tengku Zafrul Lebih Takut Pada Muhyiddin

Oleh Nurul Aishah

ADAKAH Menteri Kewangan Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz lebih setia pada bekas PM yang melantiknya? Pengkhianatan Tengku Zafrul terhadap Perdana Menteri ke 9 didedahkan oleh Presiden Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.

Tengku Zafrul dilantik ke dalam kabinet Muhyiddin sebagai Menteri Kewangan pada 9 Mac 2020. Apabila Muhyiddin tidak lagi menjadi PM, Zafrul dilihat masih lagi setia terhadap presiden PPBM tersebut.



Umum amat maklum bahawa Muhyiddin cenderung mengugut. Beliau dikatakan telah beberapa kali mengugut “tekan butang” untuk membubarkan parlimen.

Menurut desas desus yang bertiup kencang, Zafrul dikatakan turut menjadi mangsa ugutan Muhyiddin juga. Ia berkaitan dengan akaun pesisir pantai Pandora. Isu Pandora ini telah dibawa oleh Pakatan Harapan(PH) ke sidang Parlimen.

“Saya semalam minta satu laporan untuk sampaikan pada saya oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul (Abdul) Aziz. Nanti, satu ketika saya akan bocorkan bagaimana kedudukan kewangan negara kita,” kata Muhyiddin ketika berucap dalam Pelancaran PN Johor yang disiarkan di laman Facebooknya.

Muhyiddin mendakwa negara menghadapi masalah kewangan yang lebih besar daripada apa yang dimaklumkan oleh kerajaan. Beliau juga dilihat mengugut akan mendedahkan butirannya pada masa yang sesuai.



Muhyiddin juga mendakwa pentadbiran BN yang bergerak ‘macam biasa’ tidak akan dapat menjamin masa depan cemerlang ketika negara seperti Vietnam dan Indonesia sedang meninggalkan Malaysia dalam pembangunan ekonomi.

Perkara yang Muhyiddin tidak dedahkan kepada rakyat Johor adalah, ekonomi negara tenat apabila PH memerintah dan disambung oleh kerajaan Perikatan Nasional(PN) yang beliau perintah gagal menjaga rakyat gagal menjana ekonomi negara.

Tempat pelancaran yang dihadiri kira-kira 2,000 orang itu dianjurkan di dalam kawasan pengaruh Umno, di Taman Pasak Indah, tidak jauh dari Felda Pasak dan Felda Air Tawar 3.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker