Reezal Merican Beralih ke Permatang Pauh

Oleh Tun Teja

URA-ura Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican beralih ke Parlimen Permatang Pauh semakin kuat kedengaran. Kini beliau merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas. Namun gesaan agar beliau bertanding di Permatang Pauh dilihat kena pada tempatnya.

Satu-satunya pemimpin Pulau Pinang yang berjawatan menteri meletakkan Reezal sebagai calon yang paling sesuai untuk bertanding melawan Anwar Ibrahim atau pun Nurul Izzah. Sebagaimana yang kita tahu, Mohd Zaidi Mohd Said calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh ketika PRU14 tidak mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan Nurul Izzah.



Reezal Merican sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang sudah semestinya diberi laluan mudah oleh Ketua-Ketua Bahagian untuk bertanding di parlimen tersebut.

Memetik sumber, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah telah memberi bayangan mahu kekal bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU-15. Beliau merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan ini.

Oleh itu, Reezal Merican merupakan calon yang paling sesuai untuk membolehkan BN merampas semula Permatang Pauh.



Parlimen Permatang Pauh terdiri daripada 3 Dewan Undangan Negeri(DUN) iaitu DUN Seberang Jaya (N10), DUN Permatang Pasir (N11) dan DUN Penanti (N12).

Semenjak 1969 hingga sekarang menyaksikan parlimen Permatang Pauh bertukar tangan di antara pemerintah BN dan juga pembangkang sama ada PAS atau pun PKR. Parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim sejak 1982 lagi. Pada 1999, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana suaminya berada di dalam penjara.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker