Letak Tuala Basah Atas Kepala Bila Anak Demam Boleh Kena Sawan

Letak Tuala Basah Atas Kepala Bila Anak Demam Boleh Kena Sawan

Sudah semestinya setiap kali suhu badan anak meningkat secara mendadak dan demam, pasti mak-mak akan menggunakan kaedah ‘jerlum’ dengan air. Teknik jerlum ini digunakan bagi mengurangkan suhu badan yang panas dan ada juga dalam kalangan kita yang menggunakan tuala basah.

Namun, ternyata salah cara menggunakan tuala basah semasa jerlum air dan diletakkan di atas kepala anak-anak kerana boleh mengundang risiko sawan. Berikut merupakan penjelasan dari pakar mengenai cara yang betul untuk anda jerlum kepala anak-anak bila demam.



Terdapat dua sebab kenapa kita tak letak tuala basah pada anak-anak.

1.Haba panas akan perangkap di bawah kepala dan sekaligus menghalang haba panas keluar dari badan.

2.Kalau guna, ia tak lama sebab anak akan tepis dan buang. Tak selesa.

Paling efisen untuk keluarkan haba panas dari badan adalah dengan ‘jerlum’ air di kepala anak. Sudah tentu anak tak boleh tepis.



Salah satu sebab lain untuk elak menggunakan tuala basah pada kepala anak kerana ia menghalang haba keluar dan terperangkap di bawah tuala. Apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan sawan tarik. Jadi, mak-mak kena jerlum air pada kepala anak setiap 5 minit.

JANGAN KELAM KABUT MANDIKAN ANAK BILA SUHU PANAS

Bukan itu sahaja, mak-mak jangan kelam kabut untuk terus mandikan anak atau rendam kaki dalam air bila tengok suhu anak tinggi sebab mereka boleh menggigil dan naik ke kepala. Bahaya! Boleh mandikan selepas diberi ubat, ‘jerlum’ air pada kepala. Mungkin dua atau tiga jam selepas itu. SL

Letak Tuala Basah Atas Kepala Bila Anak Demam Boleh Kena Sawan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]



Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker