Bermula 11 Februari SOP cek suhu dan buku rekod dimansuhkan – H20
KUALA LUMPUR – Prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pemeriksaan suhu badan dan buku rekod ‘check in’ atau daftar masuk akan dimansuhkan bermula 11 Februari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dengan pemansuhan ini, pihak pemilik premis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu-pintu masuk premis.
Bagaimanapun katanya, daftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.
“Walaubagaimanapun, sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod ‘check in’ ini, kerajaan amat mengalu-alukan dan menggalakkannya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Kuartet Menteri di Wisma Pertahanan di sini hari ini. – K! ONLINE
SOP cek suhu dan buku check in dimansuhkan bermula 11 Februari
Baca Artikel Menarik:
- Kereta Shuk terbabas masuk parit (Video)
- Wordle jadi kegilaan global sehingga jenama hebat terpengaruh
- Sampah, Hattan selar program nyanyian gila rating
- Gadis tudung hijau disamakan dengan watak lucah buat laporan polis
- PRN Johor: ‘Bertanding atau tidak saya tetap buat kerja’
- Ibu Terpaksa Dukung Bayi Sambil Sampaikan Laporan Ramalan Cuaca [VIDEO]
- Peningkatan kes Covid-19, Kita bakal kehilangan satu tahun lagi?
- Tulang belakang anak bengkok 40 darjah, galas beg berat
- Siapa sebenarnya salah guna kuasa, ‘gelapkan’ duit?
- Kapal Genting Hong Kong kena rampas
- Netizen kecam Sajat pakai bikini nampak ‘burung’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]