Elly buat GV9 ‘hidup’

Elly buat GV9 ‘hidup’

“Bagi saya, cara pengacaraan seseorang pengacara itu berbeza-beza. Mengapa dia (Elly Mazlein) mendapat kepercayaan di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV 9) mungkin kerana karektor selain bagaimana caranya menampilkan diri.”

Demikian kata pengacara dan usahawan Nana Mahazan mengenai kritikan dilemparkan kepada pengacara GV 9, Elly Mazlein yang didakwa mengganggu peserta ketika membuat persembahan.



Nana berkata, pemilihan Elly bagi menggantikan Jihan Muse dan bergandingan dengan Nabil Ahmad dianggap sesuai dengan konsep program.

“Kalau ada orang yang suka dan tidak, itulah kehidupan. Kita tidak boleh nak buat 100 peratus orang suka kita. Sebab saya sendiri dulu pun pernah dikecam. Jadi kita kena faham dengan situasi itu.

“Saya ada menonton program itu, meriah. Saya boleh ‘related’, saya mengenali Elly bagaimana. Ketika bekerja atau di luar waktu kerja, dia seorang yang sama ketika di atas pentas. Dia memang ‘meriah’ begitu,” katanya.

Dalam masa sama, Nana yang kini mengusahakan produk Sambal Bilik Selauk Nana berkata, adalah tidak adil membandingkan gaya pengacaraan Elly dan Jihan.



“Bagi saya Elly berjaya menjadikan program itu ‘hidup’. Sudah tentu kita tidak boleh membandingkan dengan Jihan. Mereka dua individu yang berbeza. Apapun, itu pandangan masing-masing.

“Apa yang saya tahu, sesiapa saja yang akan naik pentas, pegang mikrofon dan akan mengemudikan sesebuah rancangan, kita hanya nak pastikan ia dilakukan dengan baik. Cuba beri lebih daripada 100 peratus.

“Mungkin kadang-kadang kita ‘telebih’, tak perasan dalam fokus nak beri yang terbaik. Pada kita mungkin itu yang terbaik kita boleh beri, mungkin pada orang lain tak cukup bagus. Persepsi orang berbeza-beza. Tapi saya percaya siapa yang dapat mikrofon untuk menghiburkan, dia pasti akan cuba sehabis baik. Kalau duduk tegak mengacara pun, orang akan berkata juga,” katanya. HM

Elly buat GV9 ‘hidup’




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker