Vaksin khas untuk Omicron bakal tersedia Mac ini

Sebaran :

Vaksin khas untuk Omicron bakal tersedia Mac ini

Satu vaksin Covid-19 yang dicipta khas untuk menangani varian Omicron dijangka sedia untuk digunakan menjelang Mac ini, lapor stesen penyiaran CNBC, semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla, pihaknya dengan kerjasama BioNTech sedang memfokuskan penciptaan vaksin khas bagi varian Omicron yang semakin menular di seluruh dunia.

Meskipun penghasilan vaksin tersebut dianggap terlalu lewat bagi sesetengah pakar kesihatan namun ia masih berguna bagi membendung Omicron daripada terus berleluasa.



“Vaksin ini sepatutnya dihasilkan pada Disember tahun lepas, ketika Omicrion sudah mula dikesan di beberapa negara.

“Namun begitu, kita akan menerima apa sahaja vaksin yang boleh membantu menghentikan penularan varian ini meskipun sedikit lambat,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Kemudahan Vaksin Antarabangsa Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health.

Sementara itu, Ahli Epidemiologi Penyakit Berjangkit School Of Public Health John Hopkins, Dr. Shaun Truelove berkata kepantasan penyebaran Omicron mewujudkan kemungkinan semua orang akan dijangkiti pada akhirnya.

“Varian ini tersebar dengan pantas dan vaksin untuk mengekangnya dihasilkan terlalu lambat jadi, akhirnya semua orang akan dijangkiti,” kata Truelove. K Online



Vaksin khas untuk Omicron bakal tersedia Mac ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.