MIC ‘Blur’ 41 kerusi mahu pergi mana?

MIC ‘Blur’ 41 kerusi mahu pergi mana?. Timbalan Presiden MIC M Saravanan berkata bahawa rakyat Malaysia keliru dengan keputusan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Soalan terbesar ahli-ahli MIC, termasuk Umno dan MCA, apa hala tuju kita jika kita keluar daripada kerajaan?

“Kita ada 41 kerusi. Dengan 41 kerusi Umno tak nak bersama Bersatu, DAP dan juga takkan kerja dengan PKR. Maka, dengan 41 apa hala tuju kita? Ini satu soalan yang saya sebagai wakil rakyat perlu jelaskan kepada ahli parti.

“Bukan saya, satu Malaysia blur (keliru) apa pendirian BN keluar? Kerajaan jatuh? Kita lebih kurang tidak ada mana-mana pihak untuk tubuhkan kerajaan. Apa nak jadi?” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ahli parlimen Tapah itu terdahulu menghadiri sidang media itu yang diketuai oleh timbalan perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri mendakwa seramai 31 anggota parlimen BN menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga parlimen bersidang September ini.

Dia turut mendedahkan senarai nama 31 ahli parlimen BN termasuk dua daripada MCA, satu MIC dan satu PBRS.

Keputusan presiden bertepatan

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Tapah Ishsam Shahruddin berkata bahagian itu menyokong penuh keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menarik balik sokongan kepada PN dan Muhyiddin.

“Umno bahagian Tapah menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden Umno berkaitan isu penarikan sokongan terhadap Kerajaan PN dan kepimpinan perdana menteri.

“Hal ini adalah kerana tindakan yang diambil oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin menjurus kepada tidak menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

“Sejajar dengan prinsip Umno, sebagai parti yang mempertahankan perlembagaan negara, perlembagaan negeri dan raja berperlembagaan, maka Umno bahagian Tapah berpendapat keputusan yang dibuat oleh presiden parti bersama MKT amatlah bertepatan dan wajar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MIC ‘Blur’ 41 kerusi mahu pergi mana?

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penangguhan pemilihan UMNO tak sah – RoS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker