Khairy mahu UMNO dan PAS teruskan kerjasama

Khairy mahu UMNO dan PAS teruskan kerjasama

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin mengakui dirinya antara individu yang skeptikal dan mengkritik penubuhan Muafakat Nasional (MN).

Khairy yang juga Menteri Kesihatan berkata, tindakan mengkritik kerjasama antara UMNO dan PAS itu menyebabkan beliau dikecam beberapa pihak.



“Tetapi sekarang ini ramai pula yang nak (UMNO) keluar MN. Saya rasa kita (UMNO dan PAS) sudah serasi, saya pun sudah serasi dengan PAS dalam jemaah menteri.

“Kita ada kerjasama yang baik jadi biarlah kita fikir dengan baik mengenai perkara ini dan jangan membuat apa-apa keputusan dengan terburu-buru,” katanya pada Wawancara Khas ‘Dilema COVID dan Politik’ disiarkan Facebook UMNO Online secara langsung, malam ini.

Terdahulu, PAS dilaporkan menegaskan parti itu akan terus memperkasa MN dan pada masa sama, mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, dipetik berkata keputusan Muzakarah Majlis Syura Ulamak pada Rabu lalu itu selari dengan usaha menyatukan kuasa politik umat Islam demi maslahah terbaik buat Islam dan negara.



Dalam pada itu, Khairy berkata, UMNO mempunyai dasar parti berhubung kerjasama dengan BERSATU hasil keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebelum ini.

“Keputusan PAU adalah paling tinggi, maka kita patuh. Itu muktamad di situ, noktah,” katanya.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam mana-mana pilihan raya.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Khairy sebagai berkata, keputusan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) Pencegahan COVID-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, bukan usaha membelakangi atau melemahkan UMNO.



Keputusan itu katanya, mencerminkan menteri-menteri daripada UMNO mampu melaksanakan tugas mereka dengan baik, termasuk tugasnya sebagai Menteri Kesihatan yang terbabit dalam pengurusan pandemik itu.

Menteri Kesihatan itu menegaskan, keputusan yang dibuat adalah bagi melindungi rakyat, jentera pilihan raya dan kepimpinan semua parti yang terlibat daripada dijangkiti COVID-19, selain mengelakkan berlaku kenaikan mendadak kes positif wabak itu seperti yang berlaku selepas PRN Sabah tahun lalu.

“PRN Sabah ketika itu tiada vaksin dan pematuhan SOP yang sangat longgar, kes meningkat mendadak. Kita nak elak ia berlaku semula, saya terpaksa ketatkan SOP dan tegas. Siapa yang langgar SOP kita ambil tindakan dan saya tak rasa ia membelakangkan parti.

“Saya laksanakan tugas sebagai Menteri Kesihatan yang mewakili UMNO. Saya mahu mereka (rakyat) melihat menteri (daripada) UMNO ini, sekurang-kurangnya menjalankan tugas dengan baik. Itu yang sepatutnya saya dinilai daripada segi gerak kerja saya (sebagai menteri),” katanya.



Khairy mahu UMNO dan PAS teruskan kerjasama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy



Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker