Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
Seekor Harimau Malaya ditembak mati di Zoo Florida selepas menggigit lengan seorang tukang cuci yang meletakkan lengannya di pagar kandang haiwan tersebut, menurut penguatkuasa undang-undang dan media tempatan.
Tukang cuci di Zoo Naples itu dikatakan “sama ada membelai atau memberi makan” harimau jantan berusia lapan tahun bernama Eko itu yang mana ia adalah tidak dibenarkan dan berbahaya,” kata Pejabat Sheriff Collier County dalam satu kenyataan di Facebook lewat Rabu.
“Laporan awal menunjukkan bahawa harimau itu menangkap lengan lelaki itu dan menariknya ke dalam kandang.
“Lelaki itu didakwa melintasi penghadang pagar dan memasukkan tangannya melalui pagar kandang harimau itu.
“Pegawai pertama yang tiba di tempat kejadian menendang kandang dan cuba memujuk harimau itu melepaskan lengan lelaki terbabit namun ia enggan dan menyebabkan dia terpaksa menembak Eko,” katanya.
Menurut kenyataan sheriff selepas harimau itu ditembak, harimau itu undur ke belakang dan tidak bergerak lagi.
Media Amerika Syarikat kemudian melaporkan dengan memetik pegawai zoo, bahawa Eko telah dibunuh.
Kenyataan di laman web zoo pada Khamis berkata ia ditutup untuk siasatan “dan untuk membolehkan kakitangan kami memproses apa yang telah berlaku dan untuk memulakan proses penyembuhan yang menyakitkan.
“Pihaknya juga berkata kaunselor sedang disediakan bagi merawat kesedihan. Tukang cuci, yang berusia dalam lingkungan 20-an cedera parah dan dibawa ke hospital, kata kenyataan sheriff.
Eko telah tiba di Zoo Naples sekitar dua tahun lalu, menurut laman webnya.
Harimau Malaya diklasifikasikan sebagai sangat terancam di bawah “Senarai Merah” spesies terancam Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi.
Siaran berita itu mencetuskan berpuluh-puluh komen, beberapa daripada pengguna menggesa zoo ditutup dan ramai yang mengkritik tukang cuci itu atas tindakannya. HM
Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
Baca Artikel Menarik :
- Air terjun Lata Berangin deras menggerunkan (Video)
- Amaran hujan tahap bahaya di 8 negeri hingga Ahad ini
- Kelah merah RM3,100 rezeki pasca banjir
- Anzalna sebak ganti Siti Sarah
- Waspada dengan kecurian data daripada RFID
- Taufan badai Malaysia bukan lagi lawak, waspadalah
- Banjir Pahang: Timbunan kayu bukan sisa balak
- Padah tumbuk muka isteri hingga koyak hidung
- Banjir, 10 jam duduk atas bumbung dengan kucing dan ular sawa
- Tertinggal isteri selepas isi minyak (Video)
- Hishammuddin ucap penghargaan buat Sharifah Shahirah
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang