Adi Putra pantas bantu mangsa kemalangan
Adi Putra pantas bantu mangsa kemalangan
Pelakon popular Datuk Adi Putra bertindak pantas dengan membantu mangsa kemalangan jalan raya di Bukit Kelulut, Temerloh, Pahang kira-kira jam 4 petang, hari ini.
Adi yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian segera menghubungi ambulans untuk tindakan lanjut.
“Kemalangan membabitkan kereta dan motosikal. Penunggang motosikal difahamkan dinaiki oleh suami bersama isteri dan anak mereka yang berusia dua tahun.
“Difahamkan kecederaan agak serius dialami oleh kanak-kanak itu. Tangan ibunya terkehel. Ambulans pantas datang sejurus saya menghubungi mereka ,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Adi juga pelakon filem KL Gangster, ketika kejadian dia dalam misi bantuan mangsa banjir di Temerloh bersama Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Sharkar Shamsudin.
“Semua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Semoga ibu dan anak dalam keadaan baik, insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, keprihatinan Adi itu dikongsi laman Facebook yang menggunakan akaun I Love Pahang.
“Terima kasih Abang Jai. Jasamu dikenang,” tulisnya. HM
Adi Putra pantas bantu mangsa kemalangan
Baca Artikel Menarik :
- Air terjun Lata Berangin deras menggerunkan (Video)
- Amaran hujan tahap bahaya di 8 negeri hingga Ahad ini
- Kelah merah RM3,100 rezeki pasca banjir
- Anzalna sebak ganti Siti Sarah
- Waspada dengan kecurian data daripada RFID
- Taufan badai Malaysia bukan lagi lawak, waspadalah
- Banjir Pahang: Timbunan kayu bukan sisa balak
- Padah tumbuk muka isteri hingga koyak hidung
- Banjir, 10 jam duduk atas bumbung dengan kucing dan ular sawa
- Tertinggal isteri selepas isi minyak (Video)
- Hishammuddin ucap penghargaan buat Sharifah Shahirah
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang