Muafakat Nasional: Perbincangan masih berjalan – Idris Ahmad
Muafakat Nasional: Perbincangan masih berjalan – Idris Ahmad
Perjumpaan membabitkan Pas bersama kepimpinan UMNO masih lagi berjalan dan akan dilaksanakan secara berterusan khususnya dalam membincangkan mengenai kerjasama kedua-dua parti itu menerusi Muafakat Nasional (MN).
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad memaklumkan, parti itu tetap berpegang kepada pendirian untuk memperkukuhkan MN bersama UMNO, selain jalinan kerjasama bersama parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN).
Menurutnya, hanya satu pihak sahaja iaitu Pakatan Harapan (PH) yang mahu melihat segala usaha bagi membentuk kerjasama itu digagalkan.
“Memang setakat sekarang, (prinsip) kita (untuk) kukuhkan (kerjasama) (dengan) Muafakat Nasional pun kita kukuhkan… (bersama) Perikatan Nasional pun kita kukuhkan.
“Yang tidak mahu (PN dan MN) dikukuhkan (adalah) Pakatan Harapan, (mereka sahaja) tidak mahu.
“Benda itu (pertemuan serta) perbincangan (sedang) berjalan berterusan walaupun (diadakan secara) tidak formal seperti minum teh (di warung dan sebagainya), tetapi (berjalan secara) berterusan,” kata Idris.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama guru-guru pondok seluruh Kedah, di Pondok Tuan Guru Haji Salleh di sini, pada Khamis.
Idris juga berkata, Pas dan UMNO juga akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan kerjasama di peringkat negeri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Terdahulu, Pas Kelantan menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh pertemuan dengan UMNO Kelantan bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti itu dalam MN.
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata pertemuan itu antara lain akan turut membincangkan hala tuju serta masa depan kedua-dua parti tersebut pada PRU15. Awani
Muafakat Nasional: Perbincangan masih berjalan – Idris Ahmad
Baca Artikel Menarik :
- Air terjun Lata Berangin deras menggerunkan (Video)
- Amaran hujan tahap bahaya di 8 negeri hingga Ahad ini
- Kelah merah RM3,100 rezeki pasca banjir
- Anzalna sebak ganti Siti Sarah
- Waspada dengan kecurian data daripada RFID
- Taufan badai Malaysia bukan lagi lawak, waspadalah
- Banjir Pahang: Timbunan kayu bukan sisa balak
- Padah tumbuk muka isteri hingga koyak hidung
- Banjir, 10 jam duduk atas bumbung dengan kucing dan ular sawa
- Tertinggal isteri selepas isi minyak (Video)
- Hishammuddin ucap penghargaan buat Sharifah Shahirah
Layari Laman Facebook MYKMU</a