Imam Masjid Zahir meninggal dunia

Sebaran :

Imam Masjid Zahir meninggal dunia

ALOR SETAR: Imam Masjid Negeri Kedah, Shafie Ismail, 58, meninggal dunia di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), Hospital Kulim, kira-kira jam 4.37 petang tadi.

Difahamkan Allahyarham sebelum itu terjatuh di bilik air di kediamannya di Kulim, pada pagi Ahad lalu sebelum dimasukkan ke wad di hospital berkenaan.

Imam Besar Masjid Negeri atau dikenali sebagai Masjid Zahir, Datuk Sheikh Roslan Abdul Halim, berkata pemergian Allahyarham sangat dirasai kerana beliau sentiasa komited dalam melaksanakan tugas.



“Allahyarham membuat keputusan untuk pencen awal berikutan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan kerana menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

“Beliau sebenarnya sedang dalam cuti sementara menanti tempoh untuk berpencen.

“Kali terakhir kami bertemu adalah kira-kira dua minggu lalu selepas beliau mengimamkan solat waktu di Masjid Zahir.

“Kami ada bersembang mengenai kesihatannya dan hari ini saya dimaklumkan beliau telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4.37 petang tadi,” katanya hari ini.



Roslan berkata, pemergian Shafie dianggap sebagai satu kehilangan yang cukup besar kepada warga Masjid Zahir dan jemaah di situ.

Katanya, Allahyarham seorang yang lemah lembut dan memiliki pengetahuan yang cukup tinggi berkaitan dengan ilmu agama. BH

Imam Masjid Zahir meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *