Bayi maut, 4 lagi parah selepas kereta dinaiki terbabas

Bayi maut, 4 lagi parah selepas kereta dinaiki terbabas

PAPAR: Seorang bayi lelaki berusia setahun maut manakala empat lagi parah selepas kenderaan dinaiki sekeluarga itu terbabas di Jalan Kimanis-Keningau, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, kenderaan jenis Naza Citra terbabit dilaporkan hilang kawalan ketika melalui laluan berbukit sebelum terbabas di tepi jalan berkenaan.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.24 petang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan operasi mendapati terdapat lima mangsa membabitkan satu lelaki, tiga wanita dan seorang bayi lelaki.

“Bayi lelaki berusia setahun terbabit kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang meninggal dunia kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.



Katanya, empat lagi mangsa terus diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Papar, untuk rawatan selanjutnya menggunakan ambulans dan van Unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS). FMT

Bayi maut, 4 lagi parah selepas kereta dinaiki terbabas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker