Empat mayat ditemui terapung dekat Pulau Sembilan

Anggota APMM mengangkat empat mayat tanpa identiti yang ditemui terapung dekat Pulau Sembilan.

LUMUT – Empat mayat terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki ditemui terapung berhampiran Pulau Buloh, Pulau Sembilan, dekat Bagan Datuk di sini hari ini.

Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (PUSOP) menerima maklumat awal penemuan empat mayat itu oleh komuniti maritim pada kedudukan 14.2 batu nautika barat Pulau Buloh, sekitar pukul 9.05 pagi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, aduan yang sama turut diterima talian MERS 999 dan MRSC Langkawi, seterusnya disalurkan kepada Maritim Perak untuk tindakan selanjutnya.

Keadaan mayat yang terapung.

“Kapal Maritim (KM) Nyalau yang sedang melaksanakan rutin rondaan Op Tanjung telah diatur gerak ke lokasi dan menemui kesemua mayat tanpa identiti pada pukul 2.08 petang.

“Hasil pemeriksaan dan pemerhatian di tempat kejadian, mayat tersebut terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai orang jatuh laut mahupun permohonan bantuan perubatan di laut berdasarkan penemuan mayat terbabit.

Namun, jelasnya, Maritim Perak tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa kejadian itu terdapat unsur–unsur jenayah di laut dan siasatan lanjut akan dilaksanakan. -K! ONLINE

Empat mayat ditemui terapung dekat Pulau Sembilan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker