Banjir Pahang: Timbunan kayu bukan sisa balak
KARAK: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya sisa timbunan kayu yang hanyut akibat banjir di beberapa kawasan di Telemong berlaku akibat aktiviti pembalakan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yasin berkata, sisa kayu itu adalah daripada pokok-pokok tanaman di atas tanah milik persendirian dan pokok di kawasan hutan yang terhakis akibat arus deras.
Katanya, sisa kayu itu seterusnya telah bercampur dengan pokok tanaman yang hanyut dalam kejadian banjir pada minggu lalu sehingga menyebabkan ia terkumpul.
“Berdasarkan siasatan awal, pokok yang ada bukan pokok yang ditebang secara haram atau yang berlesen sebab kawasan hutan simpan yang terlibat (Hutan Simpan Lentang) adalah kawasan tadahan air sejak 2002. Jadi tiada pembalakan dibenarkan.
“Malah, kita tanya penduduk pun tiada bunyi gergaji berantai. Lagi pun kalau kita tengok sisa pokok ada akar. Kalau ada penebangan sudah tentu tiada akar. Tambahan pula, pada hari kejadian air terlalu besar dan laju sebab dua punca sungai yang besar bertemu dan berlaku hentaman kuat,” katanya di sini semalam.
Sebelum ini, tular video berdurasi 45 saat di media sosial mengenai timbunan sisa balak di Sungai Telemong susulan kejadian banjir yang berlaku pada 18 Disember lalu.
Pihak tertentu mendakwa kewujudan timbunan sisa kayu termasuk bersaiz kayu balak itu berpunca daripada kegiatan penerokaan hutan secara haram di kawasan terbabit.
Tambah Mohd. Hizamri, tempoh masa diambil untuk membersihkan timbunan kayu berkenaan sekurang-kurangnya sebulan kerana jumlahnya terlalu banyak.
“Memang kita dapati ada kayu bernilai tinggi bercampur dengan pokok-pokok tanaman. Tapi ia sudah tiada nilai sekarang dan kita akan bersihkan.
“Kos pun kami uruskan, walhal ia sepatutnya menjadi tanggungjawab pekebun,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau berjanji akan mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangannya sekiranya berlaku kejadian pembalakan haram pada masa akan datang. – UTUSAN
Banjir Pahang: Timbunan kayu bukan sisa balak
Baca Artikel Menarik:
- Lagu ciptaan Faizal dirakam semula bintang pop China
- Jebat JD, pegawai polis disiasat dedah maklumat tangkapan Long Tiger
- Banjir serentak mulai Jumaat ini dijangka di Pantai Timur
- Shahidan sindir yang minta i-Citra tak turun pun bantu
- Rider Terbang Dilanggar Honda CR-V (Video)
- Lelaki dikecam susahkan pengusung keranda (Video)
- Curi RM25 juta: Pegawai kanan SPRM ditahan di penjara
- Hugo Maradona meninggal dunia setahun selepas Diego
- Jual kereta terpakai dengan harga RM1
- Isteri Atu Zero Geram Servis AirAsia Teruk?
- Suri rumah dicabul dekat parkir kereta Tamarind Square
Layari Laman Facebook MYKMU.NET