Kes Covid-19: Korban terkini 36 orang jumlah keseluruhan 31,428

Sebanyak 36 kematian baru dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk semalam dan angka baru itu menambah jumlah kumulatif korban akibat Covid-19 menjadi 31,428 orang.

Daripada kematian yang dilaporkan semalam, dua daripada mereka menghembuskan nafas terakir sebelum mereka dapat menerima rawatan di hospital.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 12 orang, membentuk 33.3 peratus daripada keseluruhan jumlah kematian baru yang dilaporkan.



Kematian lain yang dicatatkan berlaku di Kuala Lumpur (lima), Kelantan (empat), Perak (empat), Kedah (tiga), Negeri Sembilan (tiga), Pahang (tiga) dan Terengganu (dua).

Tiada kematian baru dilaporkan di Johor, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 31 daripada 36 kematian yang dilaporkan – atau 86.1 peratus – berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.



Purata 35 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari yang lalu berbanding purata tujuh hari sebanyak 30, menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 1,115 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 1,612 kematian Covid-19 dilaporkan pada Nov, 2,704 pada Okt, 9,678 pada Sept dan 7,641 pada Ogos.

Setakat semalam, terdapat 41,682 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 15.6 peratus daripada 49,397 jangkitan aktif seminggu lalu.



Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 36.4 peratus daripada 65,498.

KKM memuat naik butiran terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam di Github sebagai sebahagian daripada inisiatif data terbukanya.

Kes Covid-19: Korban terkini 36 orang jumlah keseluruhan 31,428


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker