Apa Kerajaan Selangor Lakukan Untuk Bantu Mangsa Banjir? Apa Mat Sabu Buat?

Oleh Nurul Aisyah

[videopress LtZgNMbP]

KITA lupakah yang Selangor diperintah oleh Kerajaan Pakatan Harapan(PH) yang terdiri daripada PKR, DAP dan AMANAH. Keadaan banjir di Lembah Klang terutama Selangor disifatkan luar jangka. Tanggungjawab kerajaan Selangor (PH) adalah untuk menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat negeri tersebut bukannya lepas tangan dengan sewenang-wenangnya walaupun perkara yang berlaku diluar jangkaan..

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memohon bantuan dari kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah banjir dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu, yang paling teruk terjejas kali ini. Tindakan yang sangat mudah dan “covenient” supaya tidak perlu bertanggungjawab atas masalah yang timbul.

Persoalannya, apa yang kerajaan Selangor lakukan untuk mangsa banjir di Selangor selain meminta bantuan pusat semata-mata?

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media khas beberapa hari lalu memaklumkan, kebiasaannya persiapan menghadapi banjir di beberapa negeri antaranya Kelantan, Pahang dan Terengganu dibuat lebih awal, namun keadaan banjir di Selangor seolah-olah ‘mengejut’. Banjir yang berlaku diluar jangkaan.

Namun begitu, Ahli Parlimen PH menggunakan kesempatan ini untuk menghentam kerajaan. Mereka mempersoalkan kelewatan aset-aset agensi kerajaan seperti bot diatur gerak untuk menyelamatkan mangsa banjir sehingga ada yang terkandas dalam tempoh yang lama.

Bukit Lanchong

Salah seorang pemimpin PH yang lantang bersuara adalah Mohamad Sabu (PH-Kota Raja)  walaupun bayang beliau pun tidak nampak di kawasan Parlimen tersebut.

Beliau berkata, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku sekiranya Perdana Menteri atau menteri berkaitan memberikan arahan segera. Mat Sabu sendiri tak nampak batang hidung ketika pengundi beliau ditimpa musibah banjir.

Tindakan Mat Sabu menyalahkan kerajaan persekutuan tanpa beliau sendiri membantu pengundi Parlimen Kota Raja tidak dapat diterima. Dengan menggunakan alasan beliau terkandas selama 8 jam di stesen minyak juga tidak dapat diterima.

Malang bagi rakyat Kota Raja, Ahli Parlimen mereka Mat Sabu gagal selamatkan diri sendiri maka bagaimana pengundi beliau mampu mengharapkan Mat Sabu untuk selamatkan mangsa banjir di Parlimen Kota Raja yang terjejas dengan sangat teruk. Kesimpulannya, Mat Sabu GAGAL sekali lagi.

“Soalnya bukan bantuan wang itu segera. Soalnya mana bot tentera, bot polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Banyak nelayan menawarkan diri untuk bawa bot mereka (untuk bantu mangsa banjir).- Mat Sabu

Tambah menjengkelkan lagi apabila Mat Sabu menuduh tentera, polis dan pertahanan awam tidak menjalankan tugas yang sepatutnya. Gambar dibawah antara bukti mereka terlibat dalam misi menyelamat cuma Mat Sabu sahaja yang tidak tahu.

Rakyat pun cukup hairan bagaimana Mat Sabu boleh menjadi Ahli Parlimen Kota Raja sedangkan beliau tidak pernah nampak muka pun di kawasan ini, apatah lagi menyalurkan bantuan.

Rakyat nampak siapa yang buat kerja dan siapa yang kerja dia menyalahkan orang lain semata-mata.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker