Janganlah sombong sangat

Usahlah berlagak sombong

oleh Najiy Jefri

Artis dan peminat diibaratkan umpama isi dan kuku serta tidak boleh dipisahkan. Artis perlu menganggap peminat seperti teman wanita yang perlu sentiasa dihargai.

Masakan tidak, peminat adalah tunjang utama dan tulang belakang di sebalik populariti yang dikecapi mereka hari ini.

Kedua-duanya saling memerlukan dan perlu bergantung antara satu sama lain.

Seperti biasa, peminat mengharapkan artis pujaannya sentiasa melayani dan mendahulukan mereka dalam apa juga situasi.

Bagaimanapun, kadang-kadang berlaku juga insiden kurang enak membabitkan hubungan baik kedua-dua pihak.

Sering kita mendengar cerita kurang manis mengenai sikap segelintir artis yang berlagak sombong kepada peminat apabila mereka sudah berada di puncak kejayaan.

Tidak kurang juga ada selebriti yang ‘cabut lari’ ikut pintu belakang apabila ada peminat sudah menunggu untuk bergambar dengan mereka.

Kadang-kadang penulis tertanya-tanya apakah yang bermain dalam fikiran artis ini sehingga begitu angkuh dengan peminat sedangkan mereka ini tidak pernah jemu menyokong dan menjadi ‘peguam bela’ apabila artis kesayangan terpalit kontroversi.

Penulis sedar artis juga adalah insan biasa. Ada ketikanya mereka penat dengan kerja yang dilakukan, namun bukankah itu pilihan yang mereka pilih apabila mahu bergelar selebriti.

Jadi janganlah merungut atau buat-buat tak nampak apabila peminat sudah menunggu untuk beramah mesra dan melihat artis pujaan mereka depan mata.

Sudahlah mereka sanggup menghabiskan masa untuk bertemu artis kesayangan dan mengeluarkan kos untuk datang, tapi malangnya dilayan seperti tak wujud.

Namun, tidak semua perangai artis sebegitu, masih ramai selebriti yang sifatnya terpuji dan cukup santun melayan orang sekeliling.

Baru-baru ini penulis berpeluang bertemu dengan Siti Nordiana, Khai Bahar, Nabila Razali, Naim Daniel dan Amir Masdi dalam sebuah persembahan di salah satu universiti tempatan.

Melihat gelagat mereka daripada jauh, penulis cukup kagum dengan cara mereka melayan peminat tanpa mengira penat dan waktu.

Masing-masing cuba memenuhi permintaan peminat yang ingin bergambar dan meluangkan waktu bersama artis pujaan mereka.

Bayangkan daripada artis itu turun pentas, kemudian masuk ke bilik menunggu dan menuju ke kereta untuk pulang, mereka masih setia melayan peminat.

Entah daripada mana mereka dapat tenaga untuk tetap tersenyum walaupun sudah berjam-jam berada di lokasi itu.

Maka tidak hairanlah, kenapa nama mereka masih kekal bertahan dan terus diminati peminat.

Justeru, penulis harap selebriti yang merasa dirinya sudah berada di puncak dan tidak memerlukan peminat, segeralah buang ego itu.

Harus diingat jangka hayat selebriti hari ini terutama generasi baru tidak akan kekal lama jika tidak menjaga kelakuan dan adab.

Ambillah setiap teguran dan kritikan sebagai tanda orang menghargai dan menyayangi. Justeru berlapang dadalah dalam semua perkara. HM

Janganlah sombong sangat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perang Fatiya, Anju makin panas

Hati dia busuk sangat – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker