Bipartisan godaan terdesak, letak jawatan atau bubar sahaja

BOLA kembali ke gelanggang pembangkang.

Kerjasama bipartisan yang ditawarkan oleh Tan Sri Mahiaddin Yassin sebentar tadi (walaupun dah sangat terlambat ibarat dah terhantuk baru nak terngadah) kepada penentangnya diharapkan dapat mengekalkan beliau di kerusi Perdana Menteri sehingga Julai 2022 sebelum pembubaran Parlimen.

Sekiranya penentang Mahiaddin menolak kerjasama yang dihulurkan ini, maka rakyat akan terus berterusan dalam keadaan bingung apa yang penentang Mahiaddin ini mahukan.



Malah sekali gus memberi imej bahawa penentang Mahiaddin ini mempunyai agenda peribadi seperti mahu jadi Perdana Menteri dan menyelamatkan diri dari kluster mahkamah.

Saya secara peribadi melihat move (gerak) ini walaupun sudah terlambat tetapi ia mungkin jalan terbaik berbanding berhadapan dengan pertukaran kerajaan sekali lagi dan pembubaran Parlimen di saat puluhan ribu rakyat dijangkiti covid-19 dengan ratusan kematian setiap 24 jam kini!

Cuma nasihat saya, move ini akan benar-benar dilihat ikhlas jika Mahiaddin Yasin memberikan ruang yang cukup untuk menerima cadangan dari pihak penentangnya. Sama-sama kita lihat.

Hazwan Mohamad
Ketua Penerangan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Netizen kecam ucapan Muhyiddin, anggap hipokrit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker