Selepas tutup pintu, Ismail Sabri naik status nasi ayam goreng kunyit

Selepas tutup pintu, Ismail Sabri naik status nasi ayam goreng kunyit

Selepas tutup pintu, Ismail Sabri naik status nasi ayam goreng kunyit

KUALA LUMPUR – Selepas menimbulkan tanda tanya berhubung hantarannya mengenai ‘tutup pintu’ di Facebook, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini sekali lagi membuat perkara sama dengan memuat naik status mengenai makanan kegemarannya iaitu nasi ayam goreng kunyit.

Menerusi hantaran tersebut, Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkongsi situasinya hari ini apabila terserempak dengan peniaga yang menjual makanan itu ditepi jalan.

Beliau turut menyatakan berkongsi rezeki dengan membelanja seorang wanita berbaju kurung warna merah yang mahu membeli makanan itu ketika berada di gerai berkenaan.

“Merasa juga Pak Long hari ni makan nasi favourite ayam goreng kunyit. Tadi dalam perjalanan ternampak gerai jual nasi. Pak long minta team berhenti dan rezeki dapat nasi favourite. Murah dan sedap sangat.

“Sempat Pak Long berbual dengar pendapat mereka. Tiba tiba ada pula akak berbaju kurung merah nak beli. Jadi. Pak Long belanja semua dan dia sekali. Akak tu macam tahu-tahu je Pak Long datang. #paklongGurau,” demikian posting beliau.

Ismail Sabri turut menyertakan bersama visual beliau membeli makanan tersebut dengan ditemani beberapa individu yang merupakan pengawalnya.

Sebelum ini, Ismail Sabri membuat netizen tertanya-tanya selepas memuat naik hantaran bahawa beliau telah menutup pintu depan dengan bersertakan ikon menangis.

Tulisan itu mendapat reaksi pelbagai pihak tentang apakah sebenarnya cuba disampaikan oleh beliau yang ternyata begitu ‘sedih’.

Status ringkas beliau itu mendapat ribuan perkongsian pada laman sosial berkenaan dengan rata-rata pelayar turut meninggalkan komen positif dan negatif mengenainya. MG

Selepas tutup pintu, Ismail Sabri naik status nasi ayam goreng kunyit


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


AMK nafi menyokong penuh Azmin dalam isu video Haziq.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker