Seorang lagi Adun tinggalkan DAP Sabah?

Seorang lagi Adun tinggalkan DAP Sabah?

KOTA KINABALU: Seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah mula memikirkan masa depannya dalam parti itu, kurang dua minggu selepas bekas Pengerusi Negerinya Jimmy Wong meletakkan jawatan.

ADUN Elopura Calvin Chong menyatakan isu dalaman dan pemilihan parti baru-baru ini, di mana beliau dan beberapa wakil rakyat DAP lain tidak diundi ke jawatankuasa negeri, menjadi antara punca terhadap ketidakpuasan hatinya.



Chong yang mempertahankan kerusi Elopura untuk penggal kedua dalam pilihan raya negeri (PRN) tahun lalu bagaimanapun tidak mengatakan yang beliau akan meninggalkan parti itu.

“Buat masa ini saya masih dengan DAP. Bagaimanapun, saya ingin melihat sama ada parti akan mengambil langkah bagi memperbetulkan isu terbabit dan sejauh mana jawatankuasa itu menunjukkan prestasi mereka,” katanya kepada FMT.

“Jika tiada tindakan dilakukan, saya perlu memikirkan langkah saya yang seterusnya.”

Wong, bekas Ahli Parlimen dan Kota Kinabalu dan wakil negeri, mengumumkan keluar DAP pada 22 Nov kerana kecewa dengan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini.



Selain Chong, beberapa lagi yang gagal dipilih semula ke dalam jawatankuasa negeri termasuk Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan bekas Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin, ADUN Kepayan Jannie Lasimbang dan bekas Senator Adrian Lasimbang.

ADUN Tanjong Papat Frankie Poon telah dilantik sebagai Pengerusi.

Wong, yang pernah menyandang jawatan Pembantu Menteri dalam kerajaan pimpinan Warisan sebelum ini, mendakwa Poon telah mengabaikan “pemikir parti” yang telah lama berjuang untuk parti.

Katanya, beliau telah lama memendam kekecewaan terhadap kepimpinan negeri dan keputusan pemilihan itu adalah jalan terakhir.



Poon dilaporkan telah menafikan bahawa wujudnya puak atau sebarang perpecahan dalam parti terbabit. FMT

Seorang lagi Adun tinggalkan DAP Sabah?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?



Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker