HSR: PM bentang hasil pertemuan dengan Singapura Jumaat
HSR: PM bentang hasil pertemuan dengan Singapura Jumaat
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka memaklumkan Jemaah Menteri hasil pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong, termasuk berkaitan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, Jumaat ini.
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong, berkata ini termasuk pembentangan keputusan hasil pertemuan empat mata antara Ismail dan Lee.
“Selepas ini apakah hala tuju akan ditentukan Perdana Menteri, dan hasil perbincangan empat mata akan dimaklumkan,” kata Wee ketika menggulung Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.
Wee juga menolak dakwaan wakil pembangkang konon bekas Perdana Menteri Najib Razak turut mengikuti lawatan ke Singapura itu.
“Saya ikut rombongan Perdana Menteri ke Singapura baru-baru ini. Saya hairan ada YB (pembangkang) kata ada orang lain yang hadir. Yang hadir ialah empat orang – Perdana Menteri, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Mohamed Azmin Ali, Menteri Luar Saifuddin Abdullah dan saya. Lain ialah pegawai kerajaan.
“Saya jawab dengan jelas yang pergi empat orang, tiada YB Pekan. Saya tak tahu mana datang cerita yang YB kata orang lain pergi,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer berhubung perkara itu.
Mengulas pertanyaan Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan, berhubung bila projek HSR akan dimulakan semula, Wee berkata, sehingga kini belum ada jangka waktu ditetapkan, cuma Perdana Menteri Malaysia dan Singapura masing-masing terbuka untuk meneliti semula pelaksanaan projek tersebut.
Sebelum ini, Lee berkata, republik itu terbuka menerima cadangan baharu daripada Malaysia berkaitan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura walaupun kedua-dua negara telah bersetuju menamatkan projek berkenaan.
Lee berkata, Kementerian Pengangkutan kedua-dua negara akan membincangkan perkara itu dan Singapura berharap menerima butiran lebih terperinci daripada Malaysia.
Minggu lalu, Ismail mengadakan lawatan rasmi keduanya ke Singapura selepas mengangkat sumpah menerajui Putrajaya. FMT
HSR: PM bentang hasil pertemuan dengan Singapura Jumaat
Baca Artikel Menarik :
- Najib sekolahkan Wan Saiful isu hutang
- Shahidan merungut tak dijemput turun ke padang
- Ismail turun padang, janji kurangkan beban rakyat
- Saya masih ada wang, 18 piala – TMJ
- Siapa ada gambar harimau jalan tersipu-sipu – Sanusi
- Pelakon Nynaa Harizal Kembali Taat Kepada Suami, Tak Jadi Cerai
- Tommy Thomas Admits Zeti Should Be Charged, So What Are We Waiting For?
- Hati penjaga gol KL City sudah ditawan
- 9 Tempat Menarik Di Pulau Tioman, Aktiviti & Tips Penting Untuk Anda Explore!
- Guru pun bimbang silibus darjah satu macam tingkatan satu
- DAP, PKR gaduh kenapa babitkan kami?
Layari Laman Facebook MYKMU
Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?
You must be logged in to post a comment.